Sunday, November 20, 2011

Lupa.








Sejak umur makin banyak ni banyaklah weh dah doploh lima haha
aku rasa aku asyik lah lupa
kadang - kadang aku lupa mana aku letak barang
ok. maybe benda biasa.
kadang - kadang aku lupa apa yang aku nak buat
contoh, aku bangun pagi mesti minum air suam secawan
mak aku pesan untuk awet muda kasi buang toksin ke hape dalam badan muehehe
tapi dibantainya aku duduk termenung sambil pikir
'apa ek yang biasa aku buat ni?'
gila ah.
kadang - kadang yang buat aku bengang
bila aku duk borak - borak
and terpikir nak cerita something
tetiba tak jadik
sebab aku tak ingat apa yang aku nak cakap
ah sudah.






Paling teruk aku pernah terlupa pakai deodorant lepas siap-siap nak gi kelas
cis. Patah balik, bukak pintu and calit kat ke-ti-ak.kehkeh
Tu tahun ni.
Dulu time ngajar pun pernah gak.
Selamba badak aku calit kat Bilik Guru. Tu pun yang chegu (cikgu) laki takdelah depa mai lambat sebenaqnya kantoi sudahhhh






Dulu, masa kat USM, final year
aku sibuk pulun siapkan projek
aku lupa gak.
lupa call mak aku walhal sebelum tu hari-hari aku telefon.
dua minggu aku 'ter-lupa' kat mak aku.
Aku ingat pun sebab Ezi cerita pasal mak dia. haha.
Bila dah dapat cakap ngan mak,
dia pun bagitau aku,
'mak baru je nak telefon kau. apasal la dah lama tak telefon rumah?
bebizi (busy - mak aku memang suka tambah ayat omputih nie) sangat ke?'
Aku explained kat dia bersungguh - sungguh.
Bukan apa, takut mak aku ingat aku ada boypren sampai lupa family
T_T




Then, another story pasal lupa.
Hari tu, sebelum aku masuk UTM, sempat la gunting rambut.
Then, bila dah malam, sedap tidur kroooh krooohhh
Bila bangun esok pagi, aku belai-belai rambut, rasa lain.
siap tanya kat diri sendiri
'apsal rambut aku nipis ni?'
Pastu, check kat bantal, tilam, kot-kot gugur banyak.
tak pun adik aku dengki sebab bila balik rumah aku bising
diorang stress
so diorang gunting rambut aku diam-diam wahaha
Adalah dalam dua tiga minit aku ingat yang aku dah gunting rambut =p





Bila aku surf internet, kot - kotlah ada penyakit pasal lupa ni
yang keluar pasal Alzheimer
pasal lupa - lupa cam aku ni
just dapat info yang lack of exercise
haha.
setakat turun naik bukit nak pergi balik kelas - tu bukan exercise
setakat jalan pergi balik dari bilik air ke bilik - tu pun bukan exercise
setakat jalan kaki ke kafe, pastu naik tangga - tu bukan exercise.
itu yang aku baca.
habis tu, takkan aku nak spend masa sejam dua 3x seminggu
exercise golek-golek?
Mak takde masa nokksssss
kerja mak berlambak ni haaaaa
*_*





Aku takut lupa aku ni makin teruk.
Tapi
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Asal tak lupa diri, dah la kan?
ngeeeeee






p/s : misi sambung study. next week, ada test. pastu, nak siapkan assignment. pastu, nak siapkan assignment. pastu, ada test. pastu buat assignment lagi. Bluweeekkkk *muntah*
Bila masa I nak gi date? =p


No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)