Wednesday, October 26, 2011

Sorry, I Wrote Bad Things About You.








Dua tiga hari lepas mak ada call aku. Cerita something yang buat aku panas hati. Dan yang buat malang bagi aku, bila hari tu hampir semua orang buat aku rasa nak marah dan sakit hati. Okey. Aku tak nak cerita pasal siapa dan apa yang buat aku rasa sebal semacam.
-_-




Aku cuma nak cakap pasal emak.
Emak yang mengandung, lahir dan membesarkan aku.
Emak yang masih memeluk dan memanjakan bila aku terasa perlu.
Emak yang sentiasa berada di sisi baik susah dan senang.
Emak yang sememangnya jadi bestfriend nak - nak lagi bercakap soal hidup, soal lelaki.





Disebabkan aku selalu pandang tinggi dan junjung emak,
jadi aku sangat pantang kalau ada orang yang tak reti - reti nak hormat emak. Maksud aku semua emak yang ada kat dunia ni.
Bukan emak aku sorang jer.
T_T




Seumur hidup aku, sebagai anak sulung, aku tak pernah ambik kisah dengan siapa adik-adik aku nak berkawan/bercinta. Tapi dengan syarat, orang yang nak masuk dalam keluarga aku, mestilah orang yang tau hormat emak dan ayah aku.
Aku tak kisah kau nak kerja apa sekalipun, muka tak cun cam Nasha Aziz - tak handsome cam Aaron Aziz- aku tak kisah. Serious aku tak heran.
Asal kau ada budi bahasa, hormat emak dan ayah aku, tuan punya rumah.





Tapi, ada jugak orang tak paham-paham.
Mesej yang kau hantar, buruk-burukkan emak aku,
aku diam.
Setakat maki dalam hati.
Kau datang rumah, tak reti-reti nak masuk dalam,
dapatkan mak aku, cium tangan, tanya khabar.
Kau ada buat tak semua tu?
Takde, kan?
Kau tuan rumah atau tetamu?
Aku tak pernah dengar orang tua dapatkan yang muda nak salam bagai.
Kau memang takde belajar adab sopan eh?






Emak aku sayang anak.
Semua emak sayang anak.
Kalau anak dia pilih nak hidup dengan orang yang nak 'hancurkan', 'tarik masuk Neraka',
takkan emak aku nak diam, tutup mata?
Kau nak anak dia, tapi kau tak pandai ambik hati emak dia?
Kau nak pegang anak dia sorang-sorang?
Kau cakap anak dia takut dengan emak dia?
Tu bukan takut la wehhh tapi hormat.





Kau guna macam-macam cara kan.
Konon setia, banyak berkorban.
Apa yang kau berkorban?
Kau ke yang mengandung?
Kau ke yang lahirkan?
Kau keluar duit untuk besarkan?
Kau ingat kitorang lahir, terus - terus beranak sekali dengan duit?
Makan pun emak ayah tanggung.
Dari kecik sampai dah besar gedabak.
Pergi ceruk mana pun, air tangan emak jugak yang kitorang carik.
Heh.
kau jadik jelah emak
sebab kau kan banyak berkorban
=p




Aku tak suka cakap banyak dengan orang macam kau.
Sebab tangan aku lagi cepat dari mulut.
Setitik air mata emak aku, berpuluh kali mulut kau aku ciumkan.
maksud aku bukan aku yang cium tak hingin aku
tapi jalan raya.
aku heret puas-puas kat situ.








p/s: hati orang tak sama macam hati kita. lagi berkaler rambut, lagi berwarna hati tu =)



catatan hati : tak sabar nak balik rumah. nak peluk emak kuat - kuat, nak ada disisi dia -_-














5 comments:

  1. bakal ipar yg buruk prangai kew huahahaha

    ReplyDelete
  2. hahahahaha.. lbh krg la...
    but u should add another words
    not bakal ipar
    but bakal ipar tak jadik
    kihkih

    ReplyDelete
  3. mcm2 halllll....
    wujud lg ke itu pompuan?
    nnt balik kemsalam mak ko ehh...
    ^_^

    ReplyDelete
  4. die malu tuuuu......
    everybody spontan.....
    eh can and alwz will change....
    he he he

    ReplyDelete
  5. SS : yerk..wujud lg...men ilmu2 plak daa...
    anon : hahaha

    ReplyDelete

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)