Wednesday, October 5, 2011

Orang Menggilai Edward Cullen, Tapi Aku Setia Dengan Landon Carter =)







Masa orang duk sibuk-sibuk cerita pasal Twilight baik kat facebook, twitter, newspaper. Aku buat dont know jer. Bila pergi Popular, cari novel pun, aku macam tak berminat dengan novel tu. Lantaklah kau nak minat pontianak ke apa. Maybe sebab aku tak berapa  'ghairah' bila dengar tajuk novel or filem tu. 
ghairah = teruja
bukan ghairah yang tak senonoh tu, okeh
*_*





Tapi, kalau kau sebut Landon Carter dari novel A Walk To Remember, haaa... sorry, korang kena terima yang aku ni pun 'madu' korang.





Aku tau pun bila kat USM. Dari akak senior yang sambung master, duk buat bisnes sewa CD. Kebetulan roommate aku pun takde, aku sewa 5-6 CD. Dari citer Korea sampailah citer ni tadi.
Lepas tengok, melalak bagai, SAH.
memang SAH.
Aku dah jatuh chinta sama ini Landon Carter. 
Again. Landon Carter. 






Landon Carter tau. Bukan Shane West. ahakz *gelak gedik*








Landon Carter tau
*sumpah korang menyampah kan* 
*_*



Kalau korang tanya aku, kenapalah aku minat sangat kat Landon Carter ni walhal awal-awal dia kan jahat? Selalu buli Jamie Sullivan.. (dalam kepala dah terbayang yang aku ni Jamie lah konon-kononnya)



Aku rasa,eh tak. Aku berpendapat yang kebanyakan perempuan memang suka lelaki yang ada sifat - sifat sebegini.
Macam kat Landon Carter =)



  • Cool

Cara jalan, attitude, cara pandang, senyum. Ah. Semuanya cool. Nak-nak cara dia bercakap. Rileks jer.
Perempuan tak suka lelaki bising-bising mulut macam bertih jagung. Tapi kalau kau perempuan pendiam, rasanya sesuai le tue.hihi.



  • Sangat Protective

Jamie Sullivan selalu kena kutuk kat sekolah sebab pakaian dia yang kolot-kolot gitu. Pastu skema, selalu pergi church. Geng-geng si Landon pernah malukan Jamie ni. Diorang edar lukisan ke gambar entah sambil tulis Virgin Mary. Pastu muka Jamie dengan gambar tak berapa senonoh tu. Nak cakap segan. meh sini I bisik.
picture big breast
=)



Si Jamie ni punyalah sedih, malu. Tapi Landon Carter datang and peluk dia. Owh *tetiba jadi gatal bila ingat part tue*
Sempatlah geng dia makan penumbuk sebijik dua.
macho + cool = I tak boleh tidur malam


  • Sanggup Buat Apa Saja

Takdelah tahap sampai suruh terjun lombong tahi pun dia pergi.
Jamie ni suka and pandai menari. So, Landon Carter sanggup rendahkan ego dia. Belajar menari ngan mak sendiri. 
Jamie suka tengok bintang. Masa Jamie sakit, nak mati, Landon buatkan teleskop sebab ada satu bintang yang Jamie nak tengok sangat.
Sweet, kan?
Part paling sedih. Dia sampai jumpa ayah dia walhal gaduh besar. Dia mintak ayah dia ubatkan Jamie sebab ayah dia kan doktor.
Part ni lah yang buat aku menangis tahap gaban. Ntah berapa tisu pun tak ingat. 
ke aku hembus kat langsir tempat roommate aku?
muahaha


  • Romantik

Landon Carter sanggup jumpa ayah Jamie, mintak izin nak bawak anak perempuan dia keluar (ayah dia macam paderi ke apa entah kat church tu. Kalau kita, macam orang alim - alim lah). Pastu beli hadiah baju sejuk sebab Jamie ni tak pernah tukar pun baju sejuk dia.
Prihatin gila ah!
Perempuan memang suka, lemah ngan lelaki romantik ni.
Korang tak payah lah asyik nak bagi bunga, coklat, hadiah Blackberry ke apa
tapi kalau nak bagi sebijik aku ambik ngehngeh
Even jalan sama, hujan turun. Tak salah kalau korang payungkan kami ni walhal korang yang basah.
Takpun, kalau ada lelaki lain pandang-pandang menggatal masa dalam bas, kat tempat makan,
korang lindungkan dengan badan korang.
Chomel tau...
Tak semestinya nak romantik, kena gesel-gesel badan,
lentok kepala kat bahu jer =p


  • Susah senang bersama

Masa Jamie sakit, nak mati. Landon Carter tak tahan tengok. Last-last, dia ajak kahwin. Langsung tak kisah Jamie sakit teruk ke apa.
Ayat dia, aku nak jaga kau sepanjang masa.
Terharu tak? terharu tak?
Kiranya Landon Carter berubah habislah lepas jumpa Jamie.
Kalau laki zaman sekarang,sanggup susah senang bersama? ada? Boleh kira dengan jari lah. Sama ada 0 or 1 jer dalam 10 jari
=p




So, tulah penerangan serba ringkas pasal Landon Carter yang menjadi phujaan hatiku.
Tak kisahlah Edward Cullen ke, sape sekali pun. aku tetap setia dengan Landon Carter. Hehehe.


p/s : take note untuk lelaki - lelaki yang mau pikat hati wanita =)


catatan hati :  Tengah tunggu ada orang belanja choki choki sekotak ~ lalala 



















No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)