Tuesday, October 4, 2011

Cinta Matang.





Dulu, masa zaman sekolah, bila semua orang duk sibuk - sibuk cari boyfriend, I pun ada lah jugak terasa nak berteman. Eceh.
ingat I perempuan besi yang hati batu ke? *_* 
Tapi, lepas dengar lagu ni














Terus mengimpikan percintaan Islamik gitu. Konon - konon nak bercinta lepas kahwin. Sedar diri tidak sebaik Saidatina Fatimah, maka mustahil lah nak dapat lelaki baik seperti Saidina Ali =)




Sungguhpun begitu, dalam hati dah berjanji, andai kata bercinta bagai nak rak sekalipun, selagi belum bergelar hak, maka haruslah ada batasan.
sweet, kan?
hikhik




Okey. Itu zaman tatkala sedang mengubati luka, mencari keyakinan yang hilang, menyemai kepercayaan pada orang lain. Nampak mudah tapi bukanlah senang. Menjalin hubungan dan kemudiannya mahu dibawa ke peringkat yang lebih tinggi memerlukan persefahaman, kesabaran, percaya dan banyak lagi. 





Zaman cinta monyet - bajet cinta pertama - aku cinta kau sampai mati - tunggu kau di pintu syurga - belahlah dada X-ray lah hati kalau tak percaya,
menyaksikan kita bersikap keanak - anakan.
Bila boyfriend/girlfriend tak balas mesej, tak jawab call, merajuk sampai nasi sepinggan pun tak nak makan. 
Bila nampak pasangan jalan dengan orang lain, cemburu meluap - luap sampai lepas tu keluar ayat kalau keluar lagi dengan dia, kita putus okeh
hilanglah bucuk, baby gegirl =p



Tapi, percayalah. Bezanya bercinta di usia muda ceteknya akal dengan zaman matang eceh tak tahan zaman matang tue
amatlah berbeza.
Sebab bila kita matang, kita akan buat perkara - perkara sebegini :




1) Tak membebel/marah-marah


Tak kisahlah lelaki atau perempuan, jika sedang menjalin hubungan, pasangan tak angkat phone, lambat reply mesej, janganlah anda memekak 24 jam sampai naik bernanah telinga kawan tu.
Maybe dia ada hal. Tengah borak dengan parents ke, kawan ke, discuss bila nak tengok bola kat kedai mamak.
So, biarkan aje.
Kalau dia rasa anda penting dalam hidup dia, dia akan datang cari anda jugak
=)



2) Cemburu



Jangan cepat jealous tak tentu pasal. Dalam perhubungan, kepercayaan yang paling penting. Tak kisahlah jauh atau dekat. Bila zaman tak matang, pantang nampak  girl lain datang dekat dengan boyfriend, terus pergi serang mulut.
No, no. You can't do like that. Jatuh pride you...
Atau kalau yang lelaki pulak, pantang ada mamat lain datang dekat kat girl dia, wah terus panggil geng kasi belasah. Konon bajet macho.
Silap you. Anda buat girlfriend jadi takut, bukan chinta sama anda lagi. 
Tapi, kalau orang yang matang, dia akan rileks dan cool. sebab dia percaya pada pasangan.

Note : Aku lagi senang. Sekali aku percaya pada orang, aku percaya sungguh-sungguh. kalau orang cuit or sentuh kepercayaan yang aku bagi, aku takkan teragak-agak 'angkat kaki'. Sebab tak guna berhubung tapi tak percaya *_* 




3) Fahami Minat dan Kehendak



Semua orang ada minat masing - masing. So, bila anda menjalin satu perhubungan, perkara yang anda perlu belajar ialah memahami.
Kalau zaman jahiliyyah dulu, I gerenti mesti ramai yang merungut bila boyfriend asyik tengok bola sampai tak ingat kat you. Tak pun, boyfriend busy main game sampai balas mesej pun ala kadar aje.
Tak payah stress-stress bagai - tak boleh tidur malam - nangis bawah katil,
biarkan diorang tengok, main puas - puas. Hantarkan saja pesan, kalau dah free nanti, mesejlah. Nak manja lagi, call lah I.
=)
Katakan dalam diri, bukan semua orang boleh buat banyak kerja dalam satu masa. contoh, perempuan boleh memasak sambil tunggu baju kering, sempat mop rumah sambil balas mesej suami.
lelaki?
=p
tajuk yang ni macam belajar Kemahiran Hidup zaman sekolah, kan? kan?



4) Hormati Pasangan 


Rasanya dari kecik lagi kita dah diajar untuk hormat orang. Bukan setakat hormat yang tua aje, tapi yang lagi muda pun kena hormat gak. Budak kecik pun ada maruah =)
So, bila melibatkan pasangan ni, kita pun kena tau jaga maruah dan perlu respect dia, not just as a person, but because he/she is our partner.
Budak - budak zaman siber tak boleh cakap zaman sekarang sebab orang tua pun sama jugak hihi kalau bercinta, suka buat benda-benda yang nak menunjukkan diorang lah pasangan paling bahagia. 
Time sekolah dulu, even sampai sekarang, paling malas nak pergi Terminal One. Sebab I kalau pergi je, mata I jadi bertambah rabun. Banyak couple yang tak reti malu duk peluk - peluk, raba sana sini depan orang. 
Mak segan nokkksss
*_*
Kan lagi bagus, apa yang ada pada kita diberi pada yang 'berhak' saja.
Macam I, semuanya untuk lelaki yang namanya ASBEN
(ejaan sebenar : husband)



P/S : Tak payah pening - pening dik. Orang terbaik untuk kita ialah orang yang memahami kita, kelebihan dan kekurangan.




Catatan hati : kadang - kadang orang tak tau bila masa I bersedih, bila masa I happy
-_-




   



   













  

No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)