Sunday, October 9, 2011

Celebrate Birthday Dengan Nasi Ayam??






Hari Ahad yang tak berapa gemilang.
Sebab aku tak cukup tidur malam tadi.
Assignment baru siap satu.
Ada lagi tiga.
Mungkin tambah lagi esok
-_-



Hari Ahad yang sedikit cemerlang.
Tekak terasa nak makan nasi ayam.
Tu pun sebab Uncle D cakap housemate dia masak nasi ayam semalam.
Dah tau makan sedap-sedap, jangan lah cakap dengan I.
I ni kan perantau kesepian?
mak ayah jauh
*_*




Maka, hari Ahad menjadi sibuk bagi dua gadis chantekkk
Of course suci muci lagi nyahhhh
Pergi Jusco tepat pukul 10 pagi.
Siap beli barang
termasuk beli biskut beras yang diperkenalkan Ezi
tuala biru sebab aku bawak tuala sehelai aje rupanya
Coklat Beryls kegemaran tu pun yang Rm4.30, nak beli RM19++ nanti bajet makan lari
Ambi Pur oren ke lemon, hubby (kereta) aku punya
dalam pukul 11.30
masak-masak nak dekat pukul 1.



Jangan cakap aku masak lembab macam kura-kura hijau
dah tentu aku masak dengan rice cooker
mula-mula masak sup, pastu ayam and last sekali nasi.
owh
tiga-tiganya aku buat dengan 1 rice cooker
dalam bilik kecil
di UTM
ini.
hebat?
sila angguk =)








masak sup.





Tu tangan Ezi. I tak perap ayam dengan dua jari macam tu. hikhik




Yeah. Nasi pulak. Kemain semerbak bau dia.





Aiseh. Picture tak berapa cun. Tapi nasi ayam aku kemain kuning kaler dia.
I memang suka kaler terang. baru ghairah.
errrr...ghairah nak makan =p




Hari Ahad yang terbilang.
Masak nasi ayam sebab teringin nak makan.
Juga sebab celebrate birthday Ezi yang dah lepas dekat seminggu.
Happy belated birthday.
Sorry, ni jelah hadiah untuk kau.
Nasi Ayam Kasih Sayang.
^_^








p/s: Ezi cakap sedap gila. Kalah nasi ayam kat kafe. Siap suruh aku buat ayam tandoori pulak =)




catatan hati : Korang rasa aku patut buat bisnes nasi ayam kat depan kedai siswi tak? Haha.

No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)