Monday, October 17, 2011

Bukan Senang Bertemu "Seseorang" Dalam Hidup.







 Sejak dua tiga menjak ni, selalu saja orang terkejut dengan perkembangan terbaru aku.
orang = kawan-kawan lama
Apabila diasak dengan soalan yang sama, "Win, ko dah ada bf belum?"
Aku katakan tidak.
"Bf takde. Tapi future husband ada." =)




Yup.
zaman aku nak berboyfriend-boyfriend ni dah berlalu.
sekarang adalah zaman, once you meet someone yang you rasa selesa berbual, berkongsi macam - macam cerita, ada di kala waktu you sedih and happy, just make another step. Kahwin dan jadikan ia halal.
*_*




So, bila orang Again. orang = kawan-kawan lama duk buat muka terkejut, macam..macam...
 ada jugak orang nak kat ko ye win
yeah. something like that.haha
Aku just gelak tak henti - henti.
Sebab sendiri pun tak percaya.
=p



sid vicious (sex and pistol) dengan nancy
dulu selalu berangan nak boyfriend yang ada rock style
ahakz =)



Aku tau kenapa kebanyakan daripada mereka tak percaya.
Sebab personaliti aku yang selalu "dingin" dengan orang lelaki.
*angguk*
Memang aku selalu dingin.
Selalu menjarakkan diri.
Kepung hati kuat-kuat.
Sebab aku tak berminat.
Errr... jangan salah paham.
Aku berminat dengan orang lelaki tapi tak berminat nak menjalin hubungan yang tak tau arahnya.
Mungkin jugak, aku ada penyakit yang dipanggil alergik.
Bila orang lelaki mengorat, aku selalu  rasa loya.
*angguk 3x*
Tu alergik lah, kan?
kan? kan?
(*_*)




Bila orang asyik himpit dan sibuk nak kenalkan aku dengan kawan pada husband/boyfriend diorang, dan bila aku tolak cakap tak minat,
terus buat assumption yang aku ni pemilih. demand bagai.
Bila aku terima, kenal dan cuba nak memanjangkan hubungan itu, tapi tak berjaya.
Bila gagal, terus tanya aku kenapa,
so I just told them, "Aku tak SELESA"




SELESA?
Yup. Aku tak mintak banyak pun. Cuma selesa. Tu je.
Manusia ni kan ada banyak jenis.
Dan yang jenis - jenis "pelik" dan "aneh" tu membuatkan aku rasa sakit dada dan sesak nafas.
Aku selalu kena jaga hati orang.
Aku kena berubah itu ini.
Sampai apa yang aku suka pun harus ditukar jadi tak suka.
Selesa ke lagi? -_-




Bila diterangkan, semua cakap takkan ada lelaki yang boleh paham aku.
Aku sengih.
Sebab aku tak mintak difahami.
Cukup sekadar terima aku seadanya.
Kalau nak suruh faham, aku tak fikir ada orang boleh
owhh mungkin ada seorang
tapi sudah berzaman terputus hubungan
faham aku sefaham fahamnya
sebab aku pun kadang - kadang tak faham
diri aku
(*_*) 





Manusia ni tak pernah penat kan.
Dulu, tanya ada bf ke tak?
Bila diiyakan, ditanya pulak dengan soalan macam ni.
"handsome tak dia tu?"
"Kaya tak?"
top questions yang selalu perempuan tanya
aku tersengih sampai nampak dua barisan gigi.
"Dia mungkin tak handsome di mata orang lain tapi dia handsome di mata aku. dia mungkin tak kaya dengan wang ringgit tapi dia kaya dengan jiwa."



Kalau kau cari teman kerana paras rupa, satu hari nanti ia akan berkedut juga.
Dan kalau kerana kekayaannya, belum tentu kau ada hati yang tenang.
Pendek kata, bukan mudah untuk bertemu "seseorang".


















  





  



























  




No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)