Friday, September 30, 2011

Unsent Letters To Me - Part 1




Manusia memang tak boleh lari dari masalah, kan?
*angguk*
Kadang-kadang rasa macam penat, kan?
*angguk-angguk*
Ada tak rasa tahap nak menangis?
*angguk - angguk tutup muka*




Ok.
Itu yang aku rasa sekarang.
I've been very busy with assignments, study,
all jumbled up together.
And next week, nak kerja as a part - time marker in Kumon. what to do.
scholarship tak dapat lagi.
kenalah banting tulang 4 kerat,
campur tulang peha ala ayam KFC (versi besar punya)
Perut nak kena isi.
Takkan nak guna saving. Bukit kalau lama-lama asyik tarah, boleh gondol +_+






Itu pasal master.
Lepas tu pasal sakit.
Ah. Yang ini menambahkan beban di badan debab ini.
Ingat dah ok. 
Tapi,
belum ok rupanya.
Takpe. 
aku perempuan besi kau tau.
Lambakkan lah semua benda kotor tu,
aku akan berjuang habis-habis.
semangat aku lagi kuat dari yang kau nampak.
sebab aku ada mereka-mereka yang jadi sumber kekuatan.
Kau?
Setakat buat jahat dekat belakang.
Kalau berani, kau datang depan - depan dan mengaku.
Tapi,
biasalah. Mana ada orang nak mengaku dia yang buat tahi kan?
heh *sinis*
Aku diam tak bermakna aku suka, bodoh.
aku diam sebab aku bersabar.
tapi
jangan kau cabar kesabaran aku
sebab kau dah buat aku bertahun - tahun
dan sabar aku pun ada had nya.




dua tu je ke problem aku?
eh tak.
ada lagi.
Malas nak cerita.
eh tak jugak.
sebab aku tau orang tak minat nak dengar -_-
lagipun sekarang...
I just need someone yang boleh bagi aku menangis
teresak - esak
mengongoi macam budak kecik
sambil diusap lembut
barang sejam dua.
Ada?
*_* 







p/s : unsent letters to me aku buat khas bawah satu label. khas untuk aku luahkan apa saja, biar lega biar puas. Tapi still berlapik la. Ada banyak maruah nak kena jaga ^_^ 
  


catatan hati : I need mak right now. Just to make me feel better.

No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)