Saturday, September 3, 2011

Update Persiapan Ke UTM Skudai







Sewaktu entri ini sedang ditaip, aku sedang berbaring di atas katil sambil memikirkan apakah barang yang hendak dibawa sudah ada? ada lagi tak barang yang belum dibeli? berapa duit yang sudah dibelanjakan? -_-
atau
adakah ada insan berhati mulia yang mahu memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun? Ok. Yang itu adalah mustahil.
Tapi
Tak mustahil kan kalau ada orang tersalah masuk no akaun lalu akan dipanggil 'rezeki' bagi pihak aku? Positive thinking tetiba






Perkara yang paling malas untuk dilakukan ialah menyusun barang, baju ke dalam box besar gedabak. Cuba menggunakan ruang yang ada untuk menyumbatkan segala barang keperluan semestinya merupakan tugas yang sangat besar. ia satu cabaran yang hebat bagi perempuan yang malas nak susun macam aku sebab aku tahu nanti sampai sana, nak kena keluarkan balik.






Tugas yang paling menyampahkan bila nak kena angkat semua barang dan memasukkan ke dalam hubby (viva)
Uwarggghhhhh!!!!Tak sanggup I *sila baca sambil meraung hiba ibarat dilempang oleh suami 44x lalu ditendang hingga terperosok ke bawah katil*
Kesian tau bila kereta secomel itu kena angkut dengan barang yang entah apa-apa.





Perkara menarik semasa sedang mengemas segala buku Fizik (kitab mahal) ialah penemuan kad-kad raya dan gambar - gambar lama. seriously rasa macam tak percaya bahawa kini usia sudah mencecah 25 tahun. Ceit. Rindu pulak zaman belajar tanpa sedar sudah 2 tahun tak pegang kitab lama. Gerenti dah tumpul. sob sob






Okey. You kemas sorang-sorang saja ke? Yup. Adik cuma teman beli barang, pilih barang, menghabiskan sekepuk duit dalam purse yang semakin lusuh -_-
Mak? Cuma bising-bising, mengingatkan jangan ada yang tertinggal. Skudai-Senawang bukannya dekat macam dalam peta.
Ayah? Keluarkan dialog,"Tak cukup-cukup lagi ke?"



 
Sekian.






 

catatan hati : Adakalanya lambat seminit dua, ia mampu merubah perjalanan hidup kita. Maaf la ya. Awak terlewat. Hati saya sudah dimiliki.   




























2 comments:

  1. bye2 adikkk...jage diri kat tempat org yeeee.....

    ReplyDelete
  2. huhu...mst la jg dri..ad ke org lain nk jg ktewww??kehkehkeh. take care kak ;)

    ReplyDelete

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)