Thursday, September 8, 2011

Happy Birthday, Uncle D =)




1st entry sejak aku sampai kat UTM ni. *Bukak mata besar-besar pastu korek bijik mata tuh* Badan masih lagi penat dan aku tengah cuba menyesuaikan diri. Aku tak nak fikir pasal duit yang dah banyak habis dan impian nak travel telah lenyap ibarat terbang ke langit. Eceh.




Aku duduk satu bilik dengan Ezi yeehhaaaaa hari-hari bergelak ketawa macam 40 tahun tak jumpa Nanti lah aku letak gambar minah ni. Dia pemalu sikit =p




Itu jelah yang aku boleh cakap pasal UTM dan master aku. Lain kali aku sambung cerita sebab mood nak belajar belum datang lagi. Mood nak bercinta/bermanja je yang naik semacam. Muahaha.




Okey. Tajuk pasal Uncle D tapi merepek yang bukan-bukan. Biasalah.. Perempuan 25 tahun. Dah layak kena panggil aunt -_-



Siapa Uncle D ni?





satu-satunya lelaki yang bagi surat cinta surat cinta ker? macam ni kat aku...muahaha *sweet tau*




Birthday Uncle D 9 September. Kiranya esoklah. So, aku ada plan "jahat". Saja nak buat surprise kengkonon. Kalau orang tak kenal aku, mesti ingat aku ni sombong, tak bercakap. Tapi, kalau dah kenal, gerenti tau yang aku ni bercakap tak henti-henti. Happy memanjang macam tak cukup siang dengan malam. 




Plan "jahat" yang ada dalam kepala aku sekarang ni ialah tidak membalas mesej atau menjawab call Uncle D sepanjang hari ni. Konon-konon nak biarkan dia tertanya-tanya lah apasal aku tak jawab, tak layan dia. Mesti dia bajet ingat aku merajuk ke hape
tak mainlah sikit-sikit nak merajuk tak tentu hala  




1st mesej dia bagi.. aku tengah lunch ngan ezi time ni. Penat tau tahan "nafsu" nak reply mesej...*_*



Pastu, aku buat bodoh sampai lah dia call aku pukul 7.30.. Tu pun tahan lagi tu. Tak nak jawab. Kesian pulak...-_-



Tak nak salah faham berlanjutan, aku hantar lah mesej kat dia
rindu sebenarnya tapi control cun
 Bajet serius ah kononnya.
aku cakap
"Tido kul bpe? Nnt awin nak call. Ad bnda kte kne bncg"
rasa cam nak tampar diri sendiri 24x jer sebab gila punya serius
muka pun serius time nih
*berlakon weh berlakon*




So, dia tanya la balik, apa benda yang serius sangat sebab dia dah risau. Aku just balas, "nnt awin call. tggu"
mak aih canggih betul ayat ko win
boleh dapat award Bintang Popular pastu duk sebelah Shaheizy Sam nih
*_*





Alolo...kesian lak ai....siap ada orang kuning menangis yang tak tahan tuh *_*





Masa aku tengah taip ni, jam baru pukul 10.13 malam dan aku pun belum call Uncle D nak wish dia happy birthday. So, aku pun tak tahu apa reaksi dia bila aku cakap yang aku sengaja buat macam ni. Konon-konon cam tak nak layan dia....
Or maybe I should write the result in the next entry? =p




  
  
Anyway, to Uncle D,
Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki,  jodoh panjang berkekalan dengan I *aminnnnn* 
uhuk uhuk uhuk 
 maybe its too early to wish you happy birthday, sweetheart =)




p/s : Semalam ada satu orang call I and he told me about my manuscript. Yeehhhaaaa!! Eh alhamdulillah @_@



No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)