Monday, September 12, 2011

Gelabahnya U**




I dont know where to start. There are many thoughts stuck in my head right now. Dengan master, dengan student lifestyle, dengan personal problem yang tak berapa problem
-____-
macam rasa nak muntah dah ni





1st day datang nak register, aku kena tunggu dari 7.30 pagi sampai dah nak terpacak matahari. Punyalah banyak student tapi u ni cuma bukak kaunter berapa kerat aje. Give-up, peluh dah naik kering, ketiak pun dah bau semacam, aku decide masuk hostel terus. Senang!





Dah penat mengangkut barang, last-last tengok bilik tu still ada budak. Patutnya dah keluar tapi barang tak berkemas. OMG! Pleaselah buat kerja betul-betul. Aku dengan family dah naik sampai tingkat 4 tuh dengan barang-barang yang .....Nak cakap, tapi tu barang sendiri.






Isu bilik dah setel bila diorang suruh aku turun aras 3 pulak. Takpe, saya maafkan kesalahan anda. Mana ada manusia yang tak buat silap kan?





Bila dah letak barang, say goodbye already, laga-laga pipi cam Datins, aku naik atas dan kemas bilik. Siap. Sempat tidur lepas solat sebelum bangun balik dan bersiap pergi tempat daftar. Akhirnya setel dengan Matric Card bergambar yang alolo menyampah pulak tengok diri sendiri.
lebih kurang camtu lah ayatnya






Then, selepas dihenyak dihempuk sampai menguap berkali-kali time briefing, kena pulak register subjects. Ah sudah! Dulu kat USM laju jer diorang buat. Tak payah nak online-online bagai nih. Keletak keletuk alih-alih dah siap print. Hari tu jugak tau!
Tapi, takpe, mana ada manusia yang tak pernah buat silap kan? =)




I tried to register but unsuccessful. Katanya, belum bayar yuran lagi. Ceit. Yang aku bagi hang bank draf tue apa? RM 1775. Suhu darah naik tapi takpe, mana ada manusia tak buat salah, kan? =)
again.




Dan hari ni, lepas habis kuliah, terus pergi Jabatan Bendahari selepas call berkali-kali langsung tak berjawab dan terus tanya kenapa tak boleh register. Dia cakap, yuran bilik belum bayar. Aku tepuk dahi. Why that makcik never told me to pay the fees at Jabatan Bendahari? Kenapa asyik cakap, nanti masuk dalam akaun. Masuk dalam akaun. Masuk dalam akaun.
Takpe, mana ada manusia tak buat salah kan? =)




Lepas dah dimaklumkan yang aku dah boleh register subjects, balik, isi minyak dan Ezi pun nak keluarkan duit sebab nak bayar duit hostel, sampai dekat Pak Guard, aku kena tahan. Ah, sudah!






selepas berhari-hari kau buat aku sakit hati, ini yang kau bagi lagi tadi eh. Surat saman -_-



Manalah aku tahu tak boleh parking kat area fakulti. Kalau iya pun ada signboard, tak boleh ke kau cakap elok-elok sikit kat aku? Dengan spek hitam yang konon nampak macho tapi langsung tak macho pun, ditambah takde budi bahasa, gerenti aku bagi kau
 -5/10.
10 tu grade untuk orang lelaki *_*




After the whole day, I just sit and .....


*sigh*




*hopefully tak payah bayar saman. Maybe kena buat aksi pujuk rayu bagai*






Takpe, mana ada manusia tak buat salah kan?
=)

  


p/s : aku rasa u ni macam cekik duit budak jer. parking salah, saman. lambat register, penalty. lambat itu ini, penalty sana sini *ni bukan ngumpat tapi mengadu nasib*
=)



catatan hati : Is there any miracle in my life?




No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)