Monday, September 26, 2011

5 Guides For Women Survivors of Harassment






Ini bukan entri lucah/gatal ke apa. Ini entri hak. Hak bila korang sebut PEREMPUAN.


Kisah 1


 
Sedang anda berjalan - jalan sambil menghirup udara segar bersama rakan, tiba - tiba anda terpandang sekumpulan lelaki. Anda berasa aneh kerana mereka menjilat - jilat aiskrim sambil memandang anda dengan pandangan yang penuh bermakna.

tahukah anda itu ialah gangguan seksual dari segi perbuatan?



Kisah 2


Ini ialah kisah benar di mana salah seorang adik saya yang mengalaminya. Sedang berjalan kaki menuju ke pasar malam berdekatan dengan kawasan rumah, terdengar suara seorang lelaki memanggil, dan bila ditoleh, lelaki tersebut menunjukkan 'sesuatu' yang tidak patut ditunjuk dari seluarnya. Angkat kening 5x kalau tak faham.
Tahukah anda ini juga gangguan seksual dari segi perbuatan?




Kisah 3

Ini juga kisah benar. Saya yang mengalaminya beberapa tahun dulu sewaktu di zaman muda, penuntut universiti yang menjadikan keretapi sebagai pengangkutan untuk pulang ke rumah tatkala cuti semester diumumkan lupakan ayat skema ini 
Pertama kali naik keretapi, perasaan sangatlah nervous mengenangkan adakah akan sampai dengan selamat. duduk bersebelahan dengan seorang lelaki 20-an menyebabkan rasa sungguh tidak selesa apabila sekejap-sekejap dipandang, ditoleh, dan dilemparkan senyuman yang lain macam. sangat menjengkelkan apabila dia cuba mendekatkan diri di telinga sambil bercakap hurmmm  hurmmmm wanginya hurmmmmm pada anda. Dia cuba menunjukkan betapa kurang moralnya bila cuba menghidu bau pakaian saya.
Tahukah anda saya telah mengalami gangguan seksual sebegitu? -_- 



Kisah 4

Ini kisah benar yang baru saja berlaku pagi tadi. Sewaktu mahu ke kafe membeli makanan, berselisih dengan sekumpulan pelajar lelaki yang usianya barangkali sebaya adik, lalu terdengar comelnya dia fuhhhh. Fuhhh tu sengaja ditiup di telinga sambil mengerling perasan konon diri seksi seseksi Colin Farrell. 
Sekali lagi, terkena gangguan seksual di usia tidak berapa muda  -_- 



Girls,
sexual harassment can happen anywhere,
where you live, work or study.


so, here are some guides to help you =)




1. Trust Your Instincts.


Kalau kali pertama anda mengalaminya, mungkin anda merasakan bahawa si pelaku tidak sengaja. Tapi, kalau dah banyak kali asyik diasak dengan insiden kurang ajar itu, please girls, that one is not tak sengaja okeh 



2. Talk to Someone You Trust


If you are feeling unsure, rasa macam iya ke tidak aku ni kena sexual harassment ni? Dont panic. Just talk to your friend or colleague.
Lagi bagus kalau boleh cakap dekat kawan polis anda =)




3. Seek Out Support


Oh,  dont try (never never ok) to handle this problem by yourself. Just imagine yang pelaku tu berdendam barangkali sebab mengorat-ngorat anda tapi tak dapat, maka anda mahu saja berhadapan dengannya. Sangat bahaya, sayang. 
Takut anda menjadi bahan muka hadapan surat khabar esoknya.
Please, dont do that.



4. Record Incident In Detail


Please write down everything that you remember especially date, time, your feeling etc. bila terkena gangguan sebegini. 
kalau boleh, keep everything nak - nak kes yang dapat sms, gambar, barang. Tu semua bukti, tau!



5. Take Care of Yourself


Jaga diri sendiri tidak kira dimana saja anda berada =)
Express your feelings.
Kalau tak suka, tunjukkan muka tidak suka. Atau guna saja barang yang ada untuk menunjukkan bahawa anda tidak gemar/benci dengan perbuatan sebegitu. Biarkan pelaku sedar dan termalu sendiri.
Contoh, bila saya  berhadapan dengan kisah 3, sengaja ambil beg dan letak di tengah-tengah dan bersuara tegas, "Apa ni? Duduk dekat-dekat?" 
Sorry la weh. Volume suara aku memang sengaja dikuatkan time tuh biar orang tau yang kau sedang menggatal macam kucing jantan nak mengawan
kucing jantan pun tak macam tu agaknya





p/s :kalau korang geram sangat, jangan sesekali tampar orang lelaki sebab depa tak boleh terima kalau orang perempuan tampar depa. Tapi depa tak kisah kalau kita tumbuk muka depa =) 

   


  



No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)