Tuesday, August 2, 2011

Its OK To Be Single!

Why am I still single?
this is really @&*#% question.
Please lah wehhh...please....
Jangan sesekali tanya pada diri sendiri bila cemburu/tak cemburu melihat kebahagiaan orang lain.




Kadang-kadang rasa malas nak jawab soalan begini. Tapi, bila yang bertanya itu merupakan seorang teman, ia menjadi sukar untuk dijawab kerana ini adalah soal perasaan.



Aku dulu pun selalu diasak dengan soalan yang macam ni,"Orang lain semua dah ada yang punya. Kau?"
"Tak jealous ke tengok si polan tu?"
Gosh.
Pleaselah.
Bak kata adik aku Iddin, TOLONG UNDERSTANDLAH.
*_*



Kenapa mesti nak cemburu sampai desperate cari bf untuk show off pada kawan-kawan? jiran sebelah rumah yang selalu kepoh nak tau tarikh kau nak menikah? *sekadar contoh*


Pada aku, tak salah pun jadi single ni. Malah, ada banyak advantages yang kadang-kadang kita sendiri pun tak perasan.



@ Jimat duit

Betul wohhh. Orang bercinta/bercouple ni memang telan banyak duit. Tak percaya, cuba tanya depa yang bercinta nih. Sebulan berapa kali topup. Tak pun, sebulan berapa banyak bil yang dia kena bayar. Itu tak masuk lagi time keluar dating. Perghhhh...Okeylah kalau kau dapat yang dah bekerja gaji riban-riban. haha. Tapi, kalau sama-sama belajar, kenalah share. kata sayang...hehehe. So, kalau single, okey apa. Tak payah nak penat-penat pergi topup/bayar bil melambung tiap bulan. Baik simpan dalam ASB/tabung ayam. Hujung tahun boleh kira dividen/pecahkan tabung kira hasil tabungan. 
:P



@ Bebas Mahu Ke mana Saja

Hang ingat, kalau hang bercouple, hang boleh pergi clubbing sesuka hati? Yeehaaa. Tak dapat daaa...Sekejap sekejap, kena bagitau. Kang bila tak bagitau, bf/gf duk tanya, marah-marah awat I call u tak dapat-dapat?
Pfftt...
Ada kawan dulu lagi dasat. 24h bermesej sampai kan time nak makan pun nak kena cakap*tepuk dahi nganga mulut*
Asyiklah berbunyi sampai dah naik kesian aku tengok handset tu. Naik semput orang cakap.
Rimaslah kalau semua benda nak kena bagitau, mintak izin. Sikit-sikit okeylah.
Nape time hang pi toilet nak buang yang besar tu, hang tak bagitau?
*_*




@ Tak Sakit Kepala


Trust me,ok. Orang yang bercinta ni akan selalu mendapat sakit kepala yang dipanggil sakit tak diundang yang mana kau akan tertanya-tanya kenapa dia tak mesej/call/jumpa. Serious ni. Tak main-main okeh.
Kejap-kejap terfikir, apsal dia tak mesej aku? Nape tak call lagi? Dia tengah buat apa?
Tension weh time ni.
Kalau single, kau ingat kau ada masa nak fikir benda-benda macam ni?
Baik kau layan drama Korea, tengok mamat kiut-miut (cute)
*_*



@ Hati tak Celaru


Eceh. Orang yang bercinta ni biasanya akan mendapat penyakit hati celaru/sakit hati/ pedih ulu hati. Errrrr??!?!
Alah. Dah namanya bercinta, mestilah ada sesi nak ngada-ngada kalau bercinta dipanggil manja-manja nak test pasanganlah nak tau kisah silam lah apalah itulah inilah
Kalau kau single, kau takkan nak ambik tau semua ni. Minda kosong boleh fikir dengan tenang tanpa menyerabutkan fikiran.
Tak caya, cuba try
:P




@ Jimat Masa

Hehe. Yalah. Orang yang bercinta ni kadang-kadang ada waktu yang terlajak. Contoh, kau nak belajar/buat kerja, tetiba nak layan si dia borak. Kalau tak layan, takut kecik hati. Bila layan, masa untuk kau study/buat kerja/ main game dah habis. Sedar-sedar waktu untuk pejam mata pulak. muahaha.
So, kalau kau single, kau boleh buat apa yang kau nak buat. Tak payah nak fikir orang lain. Betul tak?




Ini antara kelebihan bagi yang masih single ni. So, tak payahlah keluarkan statement asyik  kenapa tak ada orang nak kat kitalah nak ngoratlah nak datinglah
kau asyik duk fikir sampai tak enjoy dengan life yang ada sekarang
nanti kau mereng pulak
sebab benda yang sama kau asyik tanya
kat diri kau
kan? kan?





haaaa...see?


errr...^_^




catatan hati : i'm single but not available.muahaha




















No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)