Tuesday, August 9, 2011

Entri Khas Untuk EliaJejariRuncing (Ex-Tunang Khairul Fahmi)

Sedih.
Kesian.
Tumpang simpati.
Semuanya lepas baca entri ni  








mak sedih nokkkssssss.......





Tak kisahlah si Elia ni jenguk ke tidak kat blog aku ni, tapi aku tetap nak taip gak. Tanda sokongan sesama wanita. Eh tak. Gadis T_T




Aku tak pernah bertunang. So, tak tahulah apa ke dahsyatnya impak putus tunang *word impak tu memang ah* ni. Tapi, aku pernahlah dengar dari member-member yang pernah rasa semua ni.
Lupalah hal aku yang belum bertunang lagi tu -_-
 tapi aku tahu, sakit putus tunang lebih kurang sama macam putus cinta.




Perit.
Rasa macam hati berlubang.
Ditikam kat hati sampai tembus kat belakang
pastu tikam lagi
tikam lagi
dan tikam lagi.
Sampai lunyai.
Fuhhhh.....
sedap tak rasa macam ni
-_-



Putus cinta, putus tunang atau cerai sekalipun semuanya mesti ada punca tersendiri. Ada yang dikhianati, dicurangi, tak tahan dizalimi, dibuli dan macam-macam lagi. Terpulanglah macam mana kita nak handle bila dah jadi.




Pada aku,
bila kita putus cinta, putus tunang, tak bererti masa depan kita gelap dan semuanya musnah.
cakap je..dulu masa kau 'terencat' tu, apa ke halnya? hihi 
perjalanan masih panjang dan berliku untuk kita tempuhi.
 Yang penting,
kita kena terus melangkah dan melangkah.
pengalaman lalu sewajarnya dijadikan pengajaran terbesar supaya tidak berulang lagi.



ALLAH menemukan kita dengan orang yang salah sebelum menemukan kita dengan orang yang TEPAT.







For Elia, if you read this entry, please be strong ok!
 Kuatkan semangat, dekatkan diri pada Allah dan yang paling penting sekali, redha dan memaafkan.
Bila kita maafkan, percayalah
hati kita akan lebih tenang untuk menghadapinya.
Tak perlu bercakap apa - apa lagi kerana yang sudah tu, sudahlah.
Lebih banyak bersuara, lebih banyak lagi hati yang akan terluka. kadang-kadang diam itu lebih baik agar aib yang ada tidak terbuka.
Biarkan KF dengan jalan kehidupannya sendiri dan Elia dengan jalan sendiri. 
Allah pasti menjanjikan sesuatu yang lebih baik untuk anda, EliaJejariRuncing 
*_*



Catatan hati : Kenal lama, selalu keluar bersama, tak bermakna kita sudah cukup mengenali hati budi seseorang. Kita akan tahu nilai keikhlasan apabila berlakunya sesuatu 'kejadian'.
















No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)