Monday, August 15, 2011

Dah Kalau Namanya Mantan/Bekas....

Kadang - kadang, yang istimewanya hidup ni, bila ada perkara-perkara mengejutkan berlaku pada diri. Nak - nak lagi kalau kau terjumpa mamat kacak yang toleh berkali-kali kat kau masa tengah jalan nak pergi bazar Ramadhan *_*




Tapi, ada juga yang tak best, bila sedang syok berjalan - jalan, terserempak dengan insan yang tidak mahu ditemui di mana - mana hatta di ATM. Ibarat nak lari tak boleh, nak buat - buat tak kenal pun tak boleh. Nak tersenyum rasa menyampah, nak pandang rasa 'berbulu' berbulu kat sini ialah perasaan meluat teramat sangat ya! bukan bulu yang tumbuh kat badan tuh :) 



Orang cakap, dalam hati perempuan mesti ada 'seseorang' yang sukar dilupakan. Bagi aku, yes kalau perpisahan itu bukan kerelaan tapi tidak kalau untuk kebaikan. Haruslah dibenam saja 'seseorang' itu jauh - jauh dari lubuk hati.



 

Sebenarnya, apa yang aku nak cerita ni? Tajuk pasal mantan/bekas tapi intro aje dah sampai 3 perenggan. Bila nak masuk isi nya?



 

Okey. Aku tanya sorang kawan aku, apa yang akan dia buat kalau terjumpa mantan lama? Dia dengan mantan dia dulu putus sebab mantan dia tu ajak buat benda tak senonoh. Lepas dia tolak, terus jauhkan diri. Dia cakap, akan borak lah. Itu pun kalau mantan dia tegur dulu. Aku pun angguk setuju.




Itu kalau mantan yang tegur dulu. Masalahnya, bila kita bagi chance berbual dengan mantan, dia sakitkan hati kita dengan ayat - ayat berbisa. Contoh:



Ali ternampak Temah dua-dua nama ni bukan nama sebenar lalu bertegur sapa. Ali tanya pada Temah tentang kehidupan sekarang.


Ali       : Kau dah kahwin belum?

Temah : Belum. 

Ali       : Kau solo lagi ke?

Temah : *geleng lalu tersenyum bahagia*

Ali       : Oh, dah jumpa yang 'baru' ye...Dia kerja apa? 

Temah : Kerja biasa Temah tak nak cakap sebab tak nak sakitkan 
             hati Ali yang pendapatannya tak seberapa Kau macam
             mana sekarang? Isteri apa
              khabar?

Ali       : Ah...aku memang bersyukur sangat-sangat. Beruntung
              dapat dia. Pandai jaga badan. Dari zaman aku kenal sampai
              sekarang. Badan dia slim je.



Siput tul! Bukan Ali tak tau yang Temah ni pantang sebut pasal badan. Lagi dia cakap macam tu depan Temah. 
Maka, pertemuan itu diakhiri dengan hati yang sebal.




Itu sekadar contoh. Sepatutnya, jika kita berpisah, dan terjumpa mantan, janganlah cuba menyakitkan hati. Cerita saja benda-benda elok dan lepas tu bawa haluan sendiri. Biasanya, kalau seseorang tu nak berpisah, dia akan sebut satu atau dua saja keburukan pasangan pada pasangan itu sendiri. Again. Pada pasangan itu sendiri. Takkan nak huraikan satu persatu keburukan orang, kan? Yang lebih-lebih tu, biarlah kita simpan kemas-kemas.



Tapi,
kalau seseorang tu huraikan panjang lebar kenapa nak berpisah, siap kutuk bagai, itu tandanya dia ada buat salah. That's why dia cakap yang bukan-bukan ^_^



Okey. Ignore je lah pasal keburukan lah, apa lah. Yang aku nak cakap ni pasal mantan. Bila dah berpisah, masing - masing dah bawa haluan sendiri, jadi janganlah cuba nak contact yang lama. Hormat dan tutup cerita dulu-dulu tu. Jangan sesekali ungkit atau hebahkan keburukan si dia tu kalau dia yang salah lah :O




Kalau mahu menoleh ke belakang mengingat sejarah, kenangkan yang buruk agar tidak menangis sekali lagi. Yang indah itu semat saja dalam hati.



catatan hati : Tak kisahlah apa yang jadi dalam kehidupan kau, aku tidak berminat untuk ambil tahu *_*




 





    





   








 

2 comments:

  1. kadang2 org xsedar percakapan dia leh buat kita terasa..

    ReplyDelete
  2. erm..biasala tu bunga...tp mmg ad org yg jenis ske nk menyakitkan ati:)

    ReplyDelete

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)