Thursday, August 11, 2011

Betul Ke Lelaki Pandang Paras Rupa, Perempuan Suka Dengar Ayat Manis?

Baru - baru ni, saja lah tangan ni menggatal post kat fb, nak tau pendapat/pandangan kawan-kawan tentang
LELAKI SUKA PANDANG PARAS RUPA, PEREMPUAN SUKA DENGAR AYAT MANIS.
Dapatlah respon yang menggalakkan.
Ramai yang sokong, tak sure. But basically aku suka jawapan kawan aku, mccat.
Kenapa?




 

Sebab memang dah lumrah manusia sukakan sesuatu yang cantik, yang sedap dipandang, elok ditatap. Sama macam bila kita dapat hadiah. Kalau orang bagi gitu je, tak bungkus, rasa macam
hek eleh. camni je ko bagi kat aku? siap ada price tag lagi?
*Sambil cebik bibir*




Macam orang lelaki, mestilah nak pasangan yang lawa/cun. Siapa tak bangga weh kalau dapat makwe cantik. Kang kalau hodoh/muka biasa je, malu lah nak kenalkan dengan member. 
Dapat pulak kalau member jenis mulut longkang, tak reti jaga hati kawan. Ikut sedap mulut dia je kutuk-kutuk pasangan orang.
Perggghhhh 
*_*




mestilah orang pilih lisa surihani




daripada........
















minah ni ....-_-





Malangnya....
Paras rupa yang selama ni dijadikan syarat untuk memilih pasangan rupa-rupanya ibarat kusangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. eceh.




Si lelaki ditinggalkan terkapai-kapai, menggelupur kesedihan sebab si perempuan memilih yang lain. Tak pun, si perempuan tidak diterima oleh kaum kerabat kerana ada ciri-ciri yang tidak disukai.
Macam aku, macam banyak benor pengalaman tuh  yang dah jumpa dengan pelbagai ragam lelaki, memang 100% sukakan perempuan cantik
kalau tak suka tu, sama ada dia memang unik or tak bernafsu pada perempuan ngehngeh 




Tapi, kalau nak buat pasangan, rata-ratanya akan memberi jawapan standard : ASAL SEDAP MATA MEMANDANG.
Ye lah. Kecantikan itu kan subjektif.
Tak semestinya bila kau tengok A cantik, orang lain pun akan cakap cantik gak. Kan? 
So, bila dah ada pengalaman lalu yang sadis dan hampeh, kita akan memandang seseorang itu daripada sudut yang lain. Kalau dulu, syaratnya mesti kacak/lawa, selepas kuciwa (ejaan sebenar : kecewa), maka kita akan memandang hati, sikap yang baik dan boleh diteladani, mampu menambat hati keluarga.
*ayat nak mintak penampar je*
Maka, bolehlah dikatakan BUKAN semua lelaki memandang paras rupa. *_*





Pasal perempuan suka dengar ayat manis, yang tu pun lebih kurang je dengan lelaki suka pandang paras rupa. Manalah ada perempuan dalam dunia ni tak suka dengar dipuji-puji/dimanja-manja/disayang-sayang ditimang - timang okeh yang timang ni I tak berapa sure sebab bukan semua perempuan beratnya errrrrr.....hehe




Sama jugak dengan kes lelaki. Bila dah 'terkena', perempuan akan lebih berhati-hati, control perasaan sendiri supaya tak mudah termakan pujuk rayu ayat manis orang lelaki.
Memang betul pun perempuan suka dengar ayat-ayat yang jiwang, menyentuh hati ni..
kalau tak,
takkanlah orang lelaki beria-ia menuntut ilmu mengayat?
:P



 ni lah mengayat (^_^)





 
Tapi, sebenarnya, lelaki dan perempuan diciptakan untuk saling melengkapi antara satu sama lain. Kalau dah cinta tu, paras rupa bukan ukuran. Kulit gelap nampak putih, hidung kembang nampak mancung, badan saiz XXXL nampak macam S :O





p/s : Kasih sayang bercambah melalui hati. Kalau mahu, sentuhlah ia.




  
   

No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)