Thursday, July 21, 2011

Stress.

Ini ialah sesi luahan hati. Sesi untuk menjana minda, supaya lebih bijak merencana hidup.
Stress?
 Ha'ah.
Rasa macam nak pecah kepala semua orang?
Lebih kurang.
Kadang-kadang nak baling aje semua barang yang aku nampak
Perghhhh...
Memang stress la tue :P



First, kerja. Aku nak resign dah. Sebulan je keja lagi, pastu dah pergi UTM.
Motif stress : Macam mana tak stress? Punyalah berlambak lagi buku yang kena settle. Kalau tak buat, nanti terasa berdosa pulak dasar perempuan lembut hati


Second, Master Sains Fizik. Owh yeaahhhh
Motif stress : Ok. Ceritanya bermula lebih kurang begini. Aku tak plan nak sambung master pun tapi bila Ezi ajak, aku  cam excited gila babas sebab hey my bff ada sekali okeyhhh. Of course, immediately I thought about how we can spend time together ...chit-chat tak henti-henti, mengunyah di malam hari, ketawa mengilai berkali-kali....Yeehhaaaa. Stop it, win! Sambung cerita ko!
Pastu, aku pun apply kos yang awal-awal aku dengan Ezi nak. Master Fizik dengan Pendidikan. Tetiba, bila dah bincang-bincang,  kitorang nak tukar kos. Nak cerita kang, lagi panjang nak kena taip. hehe. So, problemnya bermula bila offer letter aku kena tunggu end of this month. adeh.


Third, scholarship. *@% #&*. 
Motif stress: Offer letter tak dapat lagi, macam mana nak apply scholarship???!!? duhhhhh..... Kena lah aku kerja cari duit untuk tampung perbelanjaan seharian. Eceh. Takkan nak habiskan semua saving aku? Alamatnya pakai kerusi plastik je time sanding
 *_*



Fourth, rindu.
Motif stress: Kalau dah jauh, Skudai-Senawang, macam mana aku nak tahan rindu kat family nih? Mak aiii. Mau bertong-tong air mata bila rindu nak makan masakan mak. sob sob.
teringat zaman belajar masa kat USM dulu
-_-




p/s : Mintak-mintak mak rajin jenguk aku nanti  sambil bawak sambal ayam. macam time kat matriks :O

No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)