Monday, July 25, 2011

Review Movie Senario Ops Pocot and Hanna ~ with Papa and Mummy :)

Setiap yang bermula, pasti ada akhirnya.
Tapi, hubungan antara manusia, boleh ke berakhir dengan mudah?
Bagi aku, walaupun tinggal sebulan je duduk sebilik dengan Papa (Kak Mas) dan kadang - kadang ada pendatang cantik dengan izin, Mummy (Syuhada), tapi harap - harap persahabatan yang terjalin ini kekal berpanjangan.
*_*



Disebabkan lepas ni aku dah nak sambung belajar dan tak lama lagi Ramadhan, so kitorang plan nak tengok movie sama - sama
*asik plan yang sama je kan? muahaha*




So, semalam, lepas Zohor, terus gerak pergi Alamanda dan ambik tiket Senario Ops Pocot. kuikui. See? Belum cerita kat sini, aku dah nak tergelak balik. Kelakar wohhh. Adoyai. Sampai sekarang, kalau teringat, perut aku sakit sebab ketawa tak henti - henti. Belum habis satu scene aku gelak, aku gelak lagi pastu gelak lagi pastu gelak lagi. Sampai habis urat muka aku, terlebih exercise.







Ceritanya mula bila Azlee, Wahid dan Lan kena paksa masuk Rela tapi diorang tak berapa nak rela. Maka, bila dah tak berapa nak rela, macam-macam lah yang jadi. Awal-awal lagi dah kelakar, nak-nak part Senario suruh Mr.Os duduk rumah je.katanya dah tua, so tak payah join Rela. Ambik kau! Rupa-rupanya Mr.Os yang train semua tu. 



Part yang kelakar gila-gila masa budak-budak nakal (kamal adli and the gang) letakkan julap dalam air Senario. Terus berderu-deru cari toilet. Pastu, yang awek-awek diorang pun tolong bawakkan gi klinik. Sampai kliniklah yang paling lawak. Part nak masukkan ubat kat tuut tuuttt:O



Banyaklah lagi scene yang kelakar, memang pecah perut punya. hikhikhik



Azlee Lan Wahid Senario  


Okey, aku tak ada apa nak komen pasal filem ni. Dah namanya komedi kan. Movie lawak, so logik tak logik, belakang kira. Yang penting, KETAWA.
kuikuikui
Rate : 7/10
*_*
David Teo sila panggil I kursus untuk buat skrip filem plak



Okey. Tutup kisah Senario. Malamnya, lepas Maghrib, kitorang sambung pergi tengok Hanna tapi kat IOI pulak. Perghhh...Aku sebenarnya langsung tak tidur sebelah siang tapi boleh pulak aku berjaga, mata tak berkerdip, mulut ternganga time tengok cerita ni.





Muka excited + tak sabar nak tengok Hanna :)



Hanna ni sebenarnya baby yang dilahirkan seorang perempuan nama apa ntah untuk diubah DNA dia. So, Hanna ni kuat, tangkas, bijak. pendek kata yang terror tu memang dia jelah. haha.
Musuh dia dalam movie ni Marissa lakonan Cate Blanchett yang memang nak musnahkan semua baby tu dulu. Tapi, Eric Bana pulak yang tak sampai hati nak bunuh. Dia selamatkan dan bela baby tu - Hanna.



Jalan cerita dia memang best. Awal-awal lagi dah tunjuk yang Hanna ni macam takde perasaan. Robek perut binatang dengan muka selamba badak je. Pastu, time dia kena soal siasat. Wahh..ni memang scene yang aku suka. Teknik-teknik membunuh
*muka jahat*
 Mula-mula dia peluk ada satu ejen tu, pura-pura nangis pastu terus pulas leher ejen perempuan tu.
Kiranya ni salah satu cara nak pulas leher orang lelaki yang jahat ya!
Boleh diambil pakai selepas ini
*_*



Dah lama aku menghadap movie ni, aku memang puas hati.
Rate : 8/10




 Kat IOI Mall



Ambik gambar sebab nak habiskan masa. Owh..saya sangat suka gambar papa yang ini. Sweet gitu
^_^




Muka bahagia tunjukkan tiket Hanna




Muka tertanya-tanya weh dah ambik gambar belum









Time ni ternampak ada satu restoran Garden apa ntah nama dia. Cantik tak payah cakaplah. Ala-ala Inggeris.
 Pergilah kejap survey menu and harga. Terkejut beruk kitorang. Dia ada tulis pork free. Bila tanya kat waiter tu, restoran ni halal ke tidak, dia cakap tak berapa sure. Kat HQ mesti ada. Lorhhh...Kalau HQ ada, takkan dia tak bagi kat francais sendiri logo halal tu.
*tepuk dahi*
Terbantut hasrat aku nak merasa
-__-



p/s : Tunggu Mummy belanja Papa and Mama makan Nasi Ayam Penyet lak...hehehe





Catatan hati : Tak tahu bila lagi akan tengok wayang. Pasni dah busy
-________- 












 











 

No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)