Friday, July 8, 2011

Kemalangan Minda. Tak Jadi Kerja Dibuatnya.

Kadang - kadang sebagai manusia kita selalu kata dengan diri sendiri untuk berfikiran positif. Tak nak pandang belakang dan mahu maju ke hadapan. Selalu jugak kita dengar daripada penceramah motivasi yang akan pesan
"Jangan biarkan minda anda dikuasai oleh perkara-perkara negatif! Jangan biarkan! Jangan biarkan!"
renung-renungkan dan selamat beramal
*_*




Tapi, aku ni pun manusia biasa yang perlu diinspirasikan/ dimotivasikan agar tak terpengaruh dengan bisikan jahat di dalam hati serta anasir fikiran yang berbaur kemudaratan. Aku istilahkan hal ini sebagai KEMALANGAN. yes, accident. Tapi, bukanlah kemalangan yang melibatkan kereta mini cooper idaman dengan skuter
tak weh tak
ini dipanggil KEMALANGAN MINDA.




Maksudnya, aku risau, takut, terkeliru, khuatir. Pendek kata yang buruk - buruk itulah bermain di dalam otak sedangkan yang baik itu sudah termaktub sediakala. Perlanggaran ini menyebabkan emosi pun boleh terganggu sekaligus sistem badan seakan malas mahu bekerja. 




ANDA  garu kepala membaca entri ini?
saya boleh pinjamkan syampu
-_-



Kemalangan minda yang aku maksudkan tadi ialah dihantui bayangan kisah silam yang menyebabkan kita takut untuk melangkah ke depan. Kadang-kadang kita sudah nampak jalan itu yang sememangnya harus kita lalu tapi kaki kita takut-takut mahu meneruskan. Tambah lagi bila hati menjadi ragu. 
Soalan - soalan negatif akan berlegar di ruang kotak minda sekaligus  mencetuskan satu emosi yang menyebabkan kita tidak berdaya.
Mahu diluah, rasa bimbang menguasai kerana takut disalah ertikan. Tidak diluah, ia menjadi nanar di dalam hati.






Luka di tangan boleh dilihat. Luka dihati, siapa tahu?
*_*




Jadi, bila berlakunya kemalangan minda baru-baru ini, aku terus bertanya pada mereka yang terdekat. Bukan untuk minta ditentukan apa yang terbaik untuk aku tapi sekadar meminta pendapat/pengesahan supaya tidak lagi tersilap membuat keputusan.





Catatan hati : Kalau tersilap, jadikan ia sebagai pengalaman lagi:) *fikir positif*  










No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)