Thursday, July 28, 2011

Kau Bukan Lelaki Baik

Aku jarang nak cerita eh tak. Salah. Aku tak suka nak cerita kisah lama terutamanya yang membabitkan soal hati dan perasaan. Bukan apa. Kadang - kadang sesetengah perkara tu adalah lebih baik kita simpan lalu dicatat sebagai SEJARAH. Sesekali kita buka, ia sekadar menjadi bahan bualan yang dijadikan pengajaran supaya tidak berulang lagi. 




Aku selalu nasihatkan adik-adik/ex students aku supaya dulukan hal pelajaran dan bukan cinta khayalan ni. Sebab cinta yang menghinggap kat dalam hati mereka time ni bukanlah cinta yang betul. Ia lebih pada attraction. Rasa nak kenal, nak faham, nak mencuba. 




Aku tak nak nanti, bila kecewa, gagal kawal perasaan sampai pelajaran pun terjejas, kesihatan merosot.
 Orang kata JIWA KACAU.
*_*


Aku dah pernah rasa. Jadi, aku tak nak mereka yang muda-muda berwajah comel ini rasa. Manusia ini ada banyak jenis dan ragam. So, kita tak boleh anggap orang lain SAMA macam kita. Jangan kau cakap yang kau sayang sangat kat pasangan tapi pasangan kau, sayang sangat ke kat kau?
Itu konsepnya. 
Manusia ini hati lain-lain
Tidur sekatil pun, mimpi lain-lain.
Kan?



Kes yang banyak keluar kat paper sekarang tak lain tak bukan perkosa. Rata-rata budak sekolah yang memang bawah umur. Baru umur 14, 15 tahun, dah ada boyfriend. Siap berani ikut boyfriend lagi. Sometimes, aku jadi tak larat nak baca artikel-artikel yang macam ni. Dah rasa mual pun ada. Sepatutnya, umur macam ni, apa yang diorang kena tahu, pergi sekolah - belajar, balik sekolah-duduk rumah especially yang perempuan. Tak payahlah nak ada boyfriend-boyfriend ni. Diorang tu pun hidup entah betul entah tidak. Hidung pun meleleh lagi
*tak matang*.
Duit lagi tak ada. Harap mak bapak yang bagi.
^_^




Then, baru je tadi kawan duk cerita pasal sedaranya yang kena halau dengan husband sendiri. Puncanya dah ada perempuan lain. Dulu, aku pun ada kenal dengan sorang akak ni. Dia pun mengalami hal yang sama. Dah lah nak kena cerai, siap ex-husband tu menjaja hal dia pada ramai orang. Kesian sangat dengan akak ni. Kena turun naik pejabat agama, tebalkan muka untuk setelkan hal macam ni. 
Bila aku dengar cerita macam ni, aku selalu terfikir apa kesannya pada anak-anak. Sebab aku pun ada kawan yang masa zaman sekolah menengah, parents nya cerai, pun berpunca dari perkara yang sama : orang ketiga. Walau macam mana kita ada disisi dia dan mintak bersabar, hakikatnya dia akan menjadi 'orang lain'. Bukan senang anak nak terima bila keluarga dah tak sama macam dulu. Kalau kecik lagi, dia akan tanya, "Kenapa mama papa tak duduk satu rumah je?" Tak pun akan keluar ayat macam ni, "Kenapa papa duduk rumah tu, mama duduk sini dengan atuk nenek?" 
-__-




Bila anak dah besar dan tengok sendiri punca parents berpisah, susah nak 'tipu sunat' lagi. Macam kawan aku, dia lost. Jiwa dia perit sebab dua-duanya orang yang paling dia sayang. Abang-abang dia yang sebelum ni rapat, masing-masing bawak haluan sendiri.
-_-




Sebenarnya, kadang - kadang kita marah dan benci bila mengenang perkara lepas. Tapi, ianya adalah pengalaman yang mengajar kita erti hidup. Aku sendiri pun sesekali jika membuka cerita lama, dah tak rasa marah tapi tergelak. Kenapa gelak? Sebab mengenang kekhilafan dan kebodohan sendiri.
Maksudnya, sampai aku cakap, "Bodoh gila aku time tu. Orang kelentong aku hidup - hidup pun, aku tak perasan." 
*_*








 Itulah yang dipanggil perjalanan hidup. Yang penting, macam mana kita menghadapi sesuatu kejadian. Kadang-kadang, lebih baik kita biarkan masa yang mengubati luka itu :)





Kau bukan lelaki baik
bila ego kau tinggi melangit
kau anggap perempuan itu kaum yang lembik
habis tu, kenapa kau jugak terhegeh-hegeh?

Kau bukan lelaki baik
bila kau berkasar dengan aku
sampai aku rasa kau ni berhati batu
kau tahu atau buat-buat tak tahu?
Kau bukan lelaki baik
bila kau mahu menguasai
seolah - olah aku ini 'isteri'
walhal nikah pun belum lagi

Kau bukan lelaki baik
bila kau suka mengawal duit
sampai berapa yang aku beri mak pun mahu kau ungkit
kau suka aku atau wang ringgit?

Kau bukan lelaki baik
bila depan aku, kau langsung tak toleh perempuan lain
walhal kau lah yang paling rajin
sms mereka yang berdahi licin!


(Azwin Nalisa - Kau Bukan Lelaki Baik )






Catatan hati : Ini coretan pengalaman aku semasa mengenali kaum Adam tidak lama dulu. Punca mengapa ia berakhir dan mengapa Allah S.W.T menjauhkan aku daripada mereka *_*














 

No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)