Tuesday, July 5, 2011

Chapter # 25 - Awin

Happy Birthday!




Yes. Today is my birthday.
I'm 25 years old now.
*sigh*
 Its not funny when people come and tell you,
Happy Birtday weh. Kau dah umur 25 dahhhhh


*Sapa gelak, aku nak sekeh*


Pejam celik pejam celik, aku dah pegang status gadis berusia 25 tahun. Terasa macam sekejap je waktu beredar dan tup tup eh eh dah boleh kahwin dah budak ni. (*_*)


Bila dah capai usia macam ni, aku terfikir banyak perkara/sikap aku yang dah berubah. Maksudnya, ke arah yang lebih baiklah. More positive kalau ngomong Jawanya. Contoh :

1) Dulu, cepat naik angin/baran/ganas??! 

- Sekarang dah pandai control. Silap-silap orang yang duk ddengan aku pun tertanya-tanya, ' budak ni tak pernah marah ke?' Eceh. Kalau dulu, memang baran betul. Suara macam petir. Tak percaya, tanya adik aku yang lelaki. Apa gelaran yang diorang bagi kat aku masa kitorang kecik dulu?!
SINGA BETINA
(-_-)



2) Dulu Kalau Sedih, Nangis Sambil Basuh Bilik Air

- Haaaa....Ni lah habit yang sampai sekarang susah gak nak buang. Melekat lagi macam bau bau bacang ???!.Bezanya, dulu sangat kronik sebab bila nanges, aku cuci bilik air mak aku sampai berkilat-kilat kalah iklan kat TV. Bila masuk KMJ dan U pun, habit ni jadi sebati. Bersih bilik air tu aku kerjakan nak-nak time frust menonggeng~ gyaaaabooooo
part kelakar = mata merah, hidung merah bila keluar bilik air.
standard jelingan mak ayah "kenapa kak?"
standard pandangan adik adik "kau gaduh dengan akak ke weh?"
(*_*)




3) Dulu Suka Pendam Perasaan, Sekarang??!


- Ehhh memang betul pun aku ni suka pendam perasaan. Selalu nak cakap, tapi tak terkeluar. Egolah kononnya. Bajet muka lawa sangat. ngehngehngeh. Salah tu. Sebenarnya, aku ni pemalu. Tu yang selalu aku cover ngan buat muka sombong mintak penampar tuh. Bukan apa, tak nak orang tersalah paham kat aku. Tapi, memang diorang selalu salah paham. Cakap aku ni kerek gila tapi bila dah kenal
AMBIK KAU
Kau pun tak larat nak layan sewel aku ni
kau pun tak larat nak tekan perut supaya jangan ketawa lebih - lebih 
lagi satu, kau takut terkentut kan? kan? kan?




4) Dulu Aku Comot Tak Reti Nak Melaram


- Biasalah ni. Time dulu, pakai duit mak ayah. Tu pun ikat-ikat perut nak beli barang yang kita nak. Baju plak.. Apa mak pilih, kita pakai. Time raya lah terasa sangat-sangat. Kaler baju kitewww sama je dengan adik-adik yang ramai tuh termasuk mak ayah.
*_*
Tapi, yang tu lah selalu dikenang-kenang.hehe.
Sekarang, takdelah pandai bergaya/melawa. Tapi, naluri wanita tu dah makin meningkatlah. Ada keinginan untuk bercantik-cantik.
teeheeee

Okey, cukuplah perbezaan dulu dengan sekarang. Bukannya banyak beza pun. Kegemukan melanda adalah.
Meh aku cerita pasal hajat aku pulak.
sob sob sob

 Apa yang aku hajatkan tahun ni tidak semuanya berlaku. Biasalah. Dah nama pun manusia. Cuba, cuba, cuba tapi yang tentukan ALLAH jugak.
 Jom tengok balik  Senarai Tahun 2011.



1) Hasilkan novel

- Berjaya. Tiga manuskrip sedang diteliti/dinilai oleh salah sebuah syarikat penerbitan. Aku start menulis dah lama. Dari zaman sekolah lagi. Cuma bersungguh-sungguh dari tahun lepas
Errr tak. Lepas graduate. Tapi kena reject sebab pages tak cukup sob sob hembus hingus kuat-kuat
Hantar manuskrip yang pertama pada bulan 12 dan diminta menulis lagi dua sambungannya. Sebuah novel remaja berkisar penyiasatan. Ececeh Dah habis tulis pada bulan Mei dan menanti bila akan diterbitkan. Tolong doakan semuanya berjalan lancar :)



2) Kumpul Duit Nak Pergi Travel


- Usaha tidak gagal tapi ditangguhkan barangkali. Setelah berpenat lelah berkeluh kesah, duit simpanan memungkinkan aku ke oversea seorang diri tapi terpaksa ditangguhkan lain kali
sob sob sob sedut hingus dalam - dalam
sebab aku tiba -tiba terberalih arah untuk menyambung pelajaran ke peringkat sarjana. Insyaallah, bulan September di UTM Skudai.



3) Cari 'Job' Yang Lebih Baik


- Okey. Dah kalau aku nak sambung master, kenapa pulak aku nak cakap pasal job ni? Tukar tukar. Aku kena cari kerja sebab nak tanggung belajar adalah.
*_*
Lain lah kalau ada sugar daddy nak support. Tapi, tak naklah pulak sebab sugar daddy mesti support banyak gila sampai tergadai body. Tak sanggup mak noksssss



4) Jumpa Ezi


- Hehe. She is my BFF lah kiranya. Harap-harap dia jugak berjaya sambung master. Sama - sama dah janji nak belajar kat situ. Nak kembali menjalani kehidupan macam kat USM sama-sama. Jalan berdua, terkekeh-kekeh berdua, makan berdua, mandi oooppsssss  pendek kata berdualah sampai ada orang ingat aku dengan dia ni LES**** (tak sanggup nak sebut.kehkeh)
Ezi memang sengal time nie bila bergurau melampau sampai mamat tu salah paham kat aku
(*_*)




5) Mencari Chinta


- Kau rasa dah berjaya belum? Haha.
Alhamdulillah, perjalanan mencari cinta itu sudah berhenti tetapi perjalanan melangkah ke arah yang lebih serius itu dalam perancangan. Aku ingatkan aku dah takkan jatuh chinta sama lelaki-lelaki lagi rupa-rupanya ada jugak yang berani bagi panahan kilat/cinta kat aku
hikhikhik
*sila nyanyi lagu Stacy 'Jahat' oh jahatnya kamu jahatnya kamu*

Tak perlu tahu siapa, tak perlu tahu bagaimana, tak perlu dicanang-canang seantero dunia,
cuma aku mintak satu saja
doakan kasih sayang yang ada ini berkekalan sampai bila-bila
Amin.



Dah besar rupanya anak dara Hamdan dengan Nor tu yerkkkk
*pinjam ayat makcik-makcik nenek-nenek yang selalu ada niat jadi telangkai*
kehkeh







  









5 comments:

  1. amboi...semoga semua berjalan ngn lancar yek..:)

    ReplyDelete
  2. happy birthday kak... semoga cepat2 kawin... hehehe~~~~~~~~

    ReplyDelete
  3. bunga : mekaceh yerk.hehe
    anonymous : aminnnnnnn......ngehngehngeh

    ReplyDelete
  4. selamat ulangtahun ye diqqq....hehhehehe

    ReplyDelete

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)