Sunday, July 10, 2011

Anak Sulung.

Masa zaman sekolah, selalu kawan-kawan lain gelakkan aku bila tahu yang aku ada adik beradik yang ramai. Paling mengejutkan, depa selalu buat mata terbeliak tuh
benci benci
sebab aku anak sulung daripada 8 beradik. Pardon, sulung?
Sulong?
Sul..sul...sul...
Ok enough awin
tak kelakar langsung
*_*






Semua orang selalu cakap yang jadi anak sulung ni menyusahkan, memenatkan. Betul. Aku setuju.
angkat tangan tinggi-tinggi
muka beria-ia
Tapi, ada jugak kelebihan menjadi anak sulung ni. Lebih bagus dan syiookkk berbanding anak tengah, anak tak berapa tengah, anak bongsu nih.
Aku ceritakan kenapa aku kata susah dulu. Boleh?





1) Anak sulung perempuan = suri rumah separuh masa


Kenapa gelak? Memang betul apa. Aku daripada kecil tolong mak aku tau. Cakap je kerja apa yang aku tak buat. Fuhh... sampai tebal la tapak tangan ni. Kalau tak tolong, kesian dekat mak. Mana nak uruskan adik yang lain, nak memasak itu ini. Itu belum masuk yang nak menyusu lagi.
Yang ini memang kitewww tak boleh tolonggggggg
-_-



2) Anak sulung = Pengurus


Haaaa...Anak sulung bukan saja dilatih sebagai suri rumah separuh masa malah juga diberi latihan khas untuk menjadi pengurus yang baik.
Contohnya, kalau aku gosok baju, aku bukan gosok baju sendiri jer tapi kena gosok semua baju adik - adik yang bersekolah. Aku ingat lagi baju sekolah kitorang penuh satu bakul besar yang aku kena gosok. Kalau nasib aku tak berapa 'ong', ayah aku letakkan sekali uniform askar dia. Perghhhh...Memang keluar peluh jantan time gosok uniform ni. Kadang - kadang aku gosok petang Ahad. Kalau tak larat, aku bangun pagi-pagi Isnin dalam 4 pagi hanya untuk gosok baju saja.
sob sob sob
time ni memang terasa cam Cinderella yang dibuli oleh kakak tiri lalu berharap Putera Raja yang penuh gaya, mutu dan keunggulan datang dengan kereta Mini Cooper lalu membawa aku pergi jauh ke istana
eceh





3) Anak Sulung = Orang Bisnes


Adik - adik aku yang still bersekolah tak rasa pengalaman ni. Cuma aku, Syafiq dan Saiful saja yang rasa. Bisnes? Ha'ah. Aku pernah jual aiskrim Malaysia alah yang sebatang 10 sen tu lah ada macam-macam jenis perasa dan paling best, ais krim asam masin. Pernah jugak jual jambu, sengkuang, kacang goreng yang dipeket kecik-kecik pastu jual kat sekolah. 
Selalu yang jual habis cuma aku dengan Saiful. Syafiq?
Haram. 30 peket kau suruh jual, ada la laku 4-5 peket. 6 peket lagi dia makan
(*_*)





4) Anak Sulung = Penyanyi Vokal Terbaekkk


Orang selalu kutuk suara aku besar, macam jantan. Kalau masuk pertandingan bercerita pakai mikrofon, boleh pecah gegendang telinga nak-nak bila part menyamar jadi gergasi/binatang buas
betul wohhh aku tak tipu
Kenapa aku cakap vokal terbaaekkk?
Sebab hari-hari aku menjerit. Gantikan mak aku :)
"Syafiq, Saiful...Bangunnnnnnnnlahhhhhhh"
Dua-dua sedap bergolek dah lah aku dah gosokkan baju semua bagai
"Kau ingat aku menyanyi pagi-pagi ni? Aku cakap, bangun. Baik kau bangun!"
Senyap. Golek-golek. Berdengkur.
Pukul punggung dua-dua tuh
Eh. Salah. Bukan pukul tapi tumbuk
:O
*serius*


Okey. Cukup 4 kesusahan yang aku rasa. Nak cerita banyak-banyak, nanti terkeluar semua yang buruk-buruk pasal aku. Nanti takut buah hati aku tak jadi nak buat aku ni bini dia. Muahaha.

So, apa kelebihan menjadi anak sulung ni tadi?
+_+



1) Berdisiplin/Bijak Mengurus Masa


Oleh kerana menerima latihan dan skim penderaan secara baik, maka kebanyakan anak sulung mempunyai disiplin yang tinggi dan boleh mengurus masa dengan baik. Contohnya, aku suka baca novel. Zaman aku dulu ada Perpustakaan Bergerak. So, rajin lah meminjam novel nak - nak lagi Ahadiat Akashah punya. Disebabkan aku kena kemas rumah, basuh baju, cuci pinggan mangkuk bla bla bla bla 
So, kenalah pandai bajet masa. Aku punya stail, siapkan semua kerja pastu baca novel sampai khatam
mak pun dah tahu sangat perangai aku jadi dia pun tak kacau aku
hebat tak idea aku? *wink*



2) Menjadi Contoh Yang Baik dan Selalu Dipuji


Heheh. Aku suka yang ni. Adik aku selalu sakit hati sebab mak aku asyik-asyik puji
Kak win kau tu tak payah mak suruh-suruh
dia tahu buat kerja dia
Kalau bukak buku rekod kemajuan
Kak win kau tak pernah bagi mak kaler merah-merah ni
Kalau masak lauk pauk banyak
kak win kau kalau nampak lauk macam ni
mesti dia kasi perabihkan semua
*rupa-rupanya aku juga adalah 'tong sampah' di mata emak*
 sob sob sob



3) Disayangi dan Dikasihi


Sapa cakap anak bongsu aje yang mak bapak sayang?
Anak sulung langsung tak dipandang
meh akak sekeh kepala korang jap
Sebenarnya, mak ayah memang sayangkan semua anak-anak. Tapi, kalau korang pandai, tak kiralah kau anak sulung ke, anak tengah ke, anak bongsu ke. Kalau kau pandai ambil hati, jaga hati mak ayah, gerenti kau jugak akan menjadi anak kesayangan diorang
Tapi, aku tak nak jadi anak kesayangan
walaupun selalu adik aku cakap macam tu
aku just nak jadi anak yang baik. Okey?




4) Selalu menjadi YANG PERTAMA


Yeehaaa. Apa yang pertamanya? Yelah. Mak ayah nak tengok anak berjaya, mesti suruh yang pertama dulu. Ada dia suruh yang kedua, ketiga dan seterusnya? Tak, kan? Mesti akan mintak pada anak yang pertama ni tadi.
Tak percaya?







See?
Mesti suruh anak pertama yang kahwin dulu....
ngehngehngeh




Tapi...




Tahu tak kenapa anak sulung diminta  kahwin cepat-cepat??!










Okey. Kini saya faham mengapa. Ayah saya mungkin dilanda sindrom penyakit bapa mahu bergelar datuk.






Boleh jadi....dia mungkin rindukan......














rindukan......


















KITEWWWWW.......
masa kecik dulu-dulu
anak sulung dia
hehe.
p/s : tompok hitam tu bukan tahi hidung okehhh. Tu kekotoran yang ada kat gambar. Biasalah...old picture kan
*_*
catatan hati : Kalau kahwin kerana nak bagi cucu tembam tu je, memang senang. Tapi, perkahwinan bukan saja mahu melahirkan zuriat tapi juga adalah penyatuan dua jiwa yang akan berkongsi segala-galanya dalam melunaskan tanggungjawab sebagai manusia.
Aku perlukan lelaki yang boleh jadi suami, kawan dan musuh
-_- 


  
  

2 comments:

  1. hehe.... macam sama la kak permintaan ayah kite... ngeeee~~~~~~~~~~

    ReplyDelete
  2. hahaha. ye ke? ok. gud luck to u:) hihihi

    ReplyDelete

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)