Friday, June 17, 2011

Tips Bertemu Si Dia - Your First Date :)

Okey. Ini bukan entri nak mengajak kau pergi berdating lalu menjalin hubungan selulit  sulit.
Tak weh, tak.
Ini entri untuk menambah ilmu pengetahuan supaya tak tersilap langkah.
Maksudnya, kalau korang nak pergi dating for the first time, inilah gunanya. Kutip banyak info supaya kau dapat kenali pasangan yang baru dijumpai pertama kali.



Dulu, eceh cerita dulu pulak haakkkkktuuuihhhh  tak ada pengalaman. So, bila dah ada pengalaman, kita akan tahu macam mana nak tengok dan kenalpasti andaikata pasangan itu mengalami tabiat-tabiat pelik :O


1) Senyum/ Smile

Tak tahan. Siap ada versi omputih lagi.
*_*
Okey. Saya mengaku dengan ini saya bukanlah seorang yang suka senyum. Tapi, apabila berhadapan dengan perkara sebegini, adalah lebih baik saya sentiasa senyum.
Hipokritlah sikit kan nak jaga hati orang
Jadi, dengan senyuman yang tidak lekang di bibir dan tidak lapuk dek hujan, maka pertemuan anda akan berlangsung dengan baik harap - haraplah


 


2) Topik Yang Bagus Untuk Berbual/ Omputihnya apa ya? Muahahahaha


 

Pastikan anda ada topik untuk dibualkan. Siasat dulu orang yang hendak anda temui facebook kan ada godam jelah untuk mengetahui bagaimana sifatnya. Tapi, maaf ya. Aku bukan jenis yang ini. Maksudnya, fikir topik-topik nak berboraklah. Sebab aku lebih selesa lelaki yang lead perbualan. Kenapa ek?
Sebab pada waktu inilah kita boleh tengok sama ada dia seorang yang berpengetahuan atau tidak, jenis matang atau hipokrit.
Sebab ada jugak lelaki yang suka berlagak time ni. Bajet bagus ah kengkononnya. 
Kita tengok kita tengok 
*_*




3) Penampilan


Bagi orang perempuan, inilah waktu yang sangat memeningkan kepala. Pilih baju ni, rasa tak kena. Pakai baju tu, rasa over pulak. Senang je. Pilih dan pakai pakaian yang sesuai. Presentable kalau ngomong Jawanya. Yalah, takkan kau nak pakai baju yang buat kau rasa sendat time tengah borak. Mesti muka pun jadi ketat.
Yang penting, selesa. Ingat, SELESA. 
Sebab ada kes bila seorang perempuan yang konservatif (ambik masa dalam relationship ni) pakai baju seksi, dedah sana sini, so orang lelaki ni ingat dia EASY. Bila si mamat ni try buat benda yang kureng senonoh, si perempuan terkejut gila. Kan tak pasal -pasal  dapat cap lima kat pipi?!
:O



4) Masa dan Tempat Untuk Bertemu


Ini perkara yang teramat penting. Bila sebut pasal masa, pastikan anda menepati waktu. Kalau pukul 10 pagi, bersiap-siaplah segera dan tiba di tempat yang dijanjikan tepat pada masanya. Janganlah kau buat hal dengan membiarkan si dia tunggu berjam - jam lamanya. Tempat untuk bertemu buat kali pertama? Kat mana? Tengok wayang? Haha. Kalau kau jenis yang tak reti nak bercakap, elok lah tu. Tapi, kalau betul-betul nak kenal, pergilah Kafe/Restoran yang tak berapa ramai orang. So, this is a place that you can make jokes, gelak sama-sama walaupun tak berapa kelakarlah time tu dan hey, get to know each other. Kan? Kan?
Sebab tu, aku kata ini antara perkara yang perlu dilihat dan dirancang dengan baik. Ada jugak perempuan contohnya akulah, kalau kata nak keluar, aku akan plan betul-betul. Jadi, kalau laki tu ala-ala kadar je nak keluar, macam tak bersungguh-sungguh, janji pukul 2 atau asyik cakap entahlah tak tahu lagi pukul berapa nak keluar rumah
 alamatnya tawarlah hati aku walaupun time tu dah ada bunga-bunga cinta. hehe.
Dan untuk perempuan, pastikan anda bawak kereta sendiri. Bukan apa. Ini adalah untuk keselamatan anda sendiri. Kalau naik kereta si dia yang dah tentulah baru pertama kali jumpa, buatnya niat dia tak baik, tak ke naya tue??




5) Jadi Diri Sendiri/ Just Be Yourself



Walaupun ini kali pertama bertemu, janganlah anda berpura - pura menjadi orang lain. Jadi saja diri sendiri. Tapi, janganlah kau jenis ketawa kuat terbahak - bahak, kau bantai gelak macam tu jugak depan first date kau. Itu cari nahas namanya.
Sambil berbual, sambil memerhati. Ibarat sambil menyelam sambil minum air. Kalau rasa serasi, bolehlah fikirkan kemungkinan untuk keluar lagi :)




Apapun, kalau seseorang menerima pelawaan anda untuk keluar bersama pertama kali, itu tandanya dia sukakan anda, mahu mengenali anda dengan lebih dekat ~ mesra alam. Jadi, beri saja peluang pada dia dan untuk anda juga. Bagi mereka yang putus cinta, inilah masanya. Keluar bertemu dengan mereka yang selama ini anda tidak pandang/jeling akibat masih dalam perhubungan. 







Kalau mata lelaki ni untuk orang perempuanlah asyik pandang kat bahagian yang tak sepatutnya, sila tinggalkan dia selepas itu ya!




Kadang-kadang, kita terpaksa pilih makanan lain walhal kita teringin sekali makan makanan favourite gara-gara first date. Macam akulah takut mulut comot punya pasal
 Tak pe, berkorban sikit. Usaha tangga kejayaan. Hikhik




Kalau kau tersenyum lebar macam ni semasa dan selepas berjumpa dengan first date kau, jangan teragak - agak untuk keluar lagi kerana inilah ORANGNYA!
teehheeeee






   



















2 comments:

  1. hi azwin nalisa, :) interested with your entry here, well I wanna ask you a question/opinion. my boyfriend is a pilot. jngan tanya macam mana kenal..lol. :D I trkejut bila dia ckp dia nak jmpa my parents and ask for their permission to take me out for our FIRST DATE. u think is that a good thing or a bad thing? sbb I never meet this guy. well I can say he is a stranger. but I do give him a chance to try because he dare to meet my parents. and would love to meet me for the first time with my parents. feeling confused la azwin. help !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Abel. sorry for the late reply. what i can suggest to you is meet him in your parents house WITH your parents there. that means, your first date should be in your house with your parents T_T. just tell them that he is one of ur friend.

      Delete

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)