Saturday, June 25, 2011

Review Movie 3,2,1 Cinta ~ Dengan Awek Baru Dari Johor

Perempuan ni kan. Kalau dah dasar nak habiskan masa together tanpa gangguan kaum lelaki, memang sanggup! Kami memang sanggup!
*_*



Semalam, aku dengan Kak Mas (papa papa papa) T_T
nekad tengok wayang dengan tiket 11 malam. Ajak sekali satu awek manis dari Johor ni. Adeh. Awek ni selalu nak buat aku gelak. Kadang-kadang nak naik darah pun iya jugak. Awal-awal jumpa, pendiam campur malu malu. Dah asyik borak dengan aku dan Kak Mas. Ambik kau. Dia pun da reti buat lawak dah. 



Ni lah dia. Syuhada, awek Johor tuh. Geng baru I dan papa papa papa
(sebut cam zizan panggil johan kat maharaja lawak.huhu)



Owh owh papa. Kemaen lagi berposing ya. Slim nampak :)



Perempuan serabai yang malas nak melawa-lawa. Takde mood:P


Okey. Cerita ni boleh lah tahan. Tak sangka Diana Amir ni tahu berlakon. Tak adalah kaku cam biasa yang aku tengok. Kali ni, nampak lah yang dia ni memang ada bakat. Pierre? Pun ok gak. Aku suka lakonan dia kali ni. Biasanya cam tak minat sangat pasal over. hehe.



Cerita ni pasal Sam (Diana Amir) yang perangai macam lelaki. Pastu, dia ni ada bestfren nama Fariz(Pierre). Sebab nisbah perempuan 37:1, si Sam ni pun nak cari boyfren. dia try lah mengorat Nazril (Farid kamil). Pastu, korang paham-paham sendiri. Ada la adegan cintan-cintun ala-ala korea.
Aku layan gak cerita ni sebab ada kelakar-kelakar. Sempat gak siku Syuhada yang asyik nak terlelap jer. kehkeh.
So, aku bagi 5/10. Okeylah tu.








 

No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)