Monday, June 13, 2011

Menjejak Memori Lama di Terengganu. Mari Merapatkan Ukhwah :)

Adik beradik ramai sememangnya menyeronokkan dan menjadi kelebihan bila menyambut sesuatu perayaan atau musim cuti.
Ya, cuti. Atau ngomong Jawanya holiday.
Jadi, cuti sekolah kali ini, kami telah memutuskan untuk ke Terengganu, menjejak kembali tempat saya membesar, tempat saya pandai bercakap dialek Terengganu semasa kecil
makan ikang makan ikang makan ikang
*_*




Baru 1/2 jam berjalan, perut dah lapar. Mari 'isi minyak' beramai - ramai :O


Menjadikan tempat beriadah sebagai destinasi, maka inilah peluang untuk bergambar ala- ala model.




Owh, gadis manis yang ada dihadapan sahaja macam model. Yang belakang, gaya bodyguard or maybe pak guard
*_*

Saya suka berjalan dan menjadi penumpang sebab boleh tengok macam - macam jenis nama jalan/tempat. Ya, ada banyak nama jalan/tempat yang pelik - pelik. Contoh, Chemomoi, Telemong, Durian Tipus. Owh, memang menghairankan :)








Tapi, jalan/ tempat di atas paling menakutkan. KARAK......





Penat berjalan berjam - jam lamanya belum hilang. Sekarang, nak berjalan lagi?! OMG





Sempat berposing pulak...adehhhh....



Yang ini tak adehhh langsung :O
Suka gila gambar kandid ni


Macam yang telah dijelaskan pada intro entri ini, perjalanan ke Terengganu bukan setakat bercuti bersama keluarga terchenta tapi juga menjejak memori semasa kecil. Ya, zaman saya gemok tembam susah nak jalan :O



Bertemu dengan jiran lama setelah 20 tahun tidak berjumpa. Dulu makcik ni selalu panggil saya AWING. Adus. AWING GIGI HITAM sebab 4 batang gigi di hadapan rosak teruk akibat memakan gula-gula secara berlebihan
AWING GIGI HITAM AWING GIGI HITAM

*sigh*




Rumah sewa lama yang pernah menempatkan budak gemok bergigi hitam.
 
 
 

Mak kita cakap kan, dulu kan, kita selalu nak pergi pantai. Kita boleh pergi beli barang dekat kedai walau pun umur baru 3 tahun. Berpeluh-peluh kita bawak tepung 2kg
 *_*



Tapi, itu dulu. sekarang kita dah tak gemuk sangat dan gigi pun tak hitam.




Tak seronok kalau pergi Terengganu tapi kita tak membeli belah. kan? kan?
Selain bershopping sakan, setiap anggota keluarga juga boleh menjalankan aktiviti kegemaran masing - masing. Sila rujuk gambar di bawah.




Hanim yang suka bergambar. Belinya cuma keropok lekor aje :)





Emak yang boleh tersenyum gembira walaupun duit sudah habis beratus - ratus membeli kain. *ini aktiviti kegemaran saya jugak*
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi lalu disumbat ke dalam mulut :O






Adik - adik yang penakut tidur dalam chalet besar dan masih mahu ditemankan. Nah, ini bukti anda berdua masih anak kecil sebab suka permainan macam tu.
*pheewwww*
Orang nak bergayut dalam telefon pun tak senang :P



Sesi membeli durian sebab baunya telah menggamit perut.
SEDAP ah SEDAP ah SEDAP







Pantun dua kerat untuk mak ayah;


Terima kasih daun keladi,
lain kali sponsor lagi.

Terima kasih daun keladi,
Kemana destinasi cuti nanti?

*_*




 












2 comments:

  1. wow....best...lain kali g jln nak ikut ye....

    ReplyDelete
  2. heeee....nk join ke? buleh jer. tp kosnya tanggung sndri yerk~ lalala

    ReplyDelete

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)