Sunday, June 26, 2011

Mak...Macam Mana Saya Lahir eh??!

Perasan tak yang masa kecik-kecik dulu, kita selalu tanya soalan yang entah apa-apa kat mak ayah kita? Perasan tak?
Ke aku sorang je yang banyak mulut suka tanya itu ini?
Contoh:



Mak, kenapa kita kena mandi? Kalau tak mandi, tak boleh ke?



Mak, kenapa hari-hari mesti gosok gigi?


Mak, apsal mak basuh rambut saya pagi petang siang malam?? Budak sebelah rumah tak pernah cuci pon :O



Mak.....Boleh tak kalau saya tak nak pakai underwear? Kenapa mesti pakai?
T_T


Serious. Inilah soalan - soalan yang aku rasa tahap bangang dan kadang-kadang aku selalu tanya kat kawan-kawan bila usia matang begini :)
Boleh jadi, soalan yang sama jugak akan diajukan pada suami nanti supaya dia jadi lebih terer dan bergeliga
*_*
*masa kecik dah puas tanya mak tapi mak sekeh kepala kiterrr. tu yang sampai sekarang otak kiterrr bengong-bengong sikit*



 
Okey. Apa kaitan intro panjang sedepa nih dengan apa yang aku nak ceritakan? Puncanya, masa kat sekolah hari tu, semua teacher asyik duk cerita pasal beranak. Nak - nak lagi lepas ada satu teacher ni lahirkan baby:)
So, ada satu orang teacher ni cakap, dulu masa kecik, dia ingat baby ni datang daripada sebiji nasi.
Hah?
What ?!!
OMG.
Aku dulu ingatkan baby ni macam tahi yang dikumpul-kumpul kat dalam perut perempuan lalu membentuk makhluk lain.
lagi sengal



 See? Buku ni mengingatkan aku soalan-soalan yang selalu buat orang nak sekeh kepala aku bertubi-tubi



Macam mana orang tak nak sekeh? Diorang pun tak tau nak explain kat aku:)



Mak, macam mana saya boleh lahir mak?
mak : dari perut mak lah
macam mana saya boleh ada dalam perut mak? saya masuk ikut mana? kat pusat ni ke?
mak : ???!?!?!

*papppp*

kepala kena sekeh lah....T_T




Allah Maha Besar. Aku rasa time nilah perempuan lagi hebat dari lelaki. hihihi. diorang hado perut besar dengan  baby kat dalam tuh?
*_*
lemak berkolestrol tinggi adalah muahahaha


Okey. Aku tak nak lah cerita macam mana pembentukan seorang bayi. Korang pun tahu kan proses persenyawaan? Jangan nak bohong sebab ni lah topik yang korang duk suka nak dengar/ tak sabar-sabar nak belajar macam form 3 dulu *_*







Aku tak fikir aku gerak perlahan macam ni dalam perut mak aku dulu
*_*



catatan hati : pagi-pagi lagi mak dah telefon. kurang sikit rasa rindu. sempat bagi semangat dan galakan :) 






























  





2 comments:

  1. hargailah inu..begitu besar pergorbanan ibu..

    ReplyDelete
  2. betul tu bunga..sob sob sob. rindu kat emak...

    ReplyDelete

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)