Saturday, May 14, 2011

Tak Salah Jatuh Cinta TAPI....

Dalam hidup ni, semua orang pernah jatuh cinta. Tapi, bukan semua cinta tu dibawa ke jinjang pelamin. Betul tak?
Aku pun pernah jatuh cinta jugak. Pada orang yang tidak sepatutnya:(
 Juga pernah tertarik hati pada lelaki yang di matanya aku cuma seorang kawan:(
Dan aku mengaku dengan sejujurnya yang aku pernah tertarik hati pada lelaki yang bergelar kekasih orang :(


Aku tahu apa yang korang fikir.

berani betul kau cakap macam tu? tak malu ke?


Tak. Aku tak malu sebab itu lahir daripada perasaan aku sendiri. Jatuh cinta bukannya perkara yang kau boleh buang campak ke tepi lalu disampah - sampahkan *geleng*


Otak dengan hati bukannya duduk berjiran sampai apa yang hati cakap, otak boleh dengar. Dan apa yang otak arahkan, hati akan patuh. Bukan weh bukan. Kau silap kalau fikir macam tu.


Masa kau tertarik dengan lelaki yang anggap kau kawan saja, apa yang kau buat? Kau luahkan ke?

- Tak. Langsung tidak. Sebab otak aku cakap, kau kena BERSERAH lah hati.


Masa kau tertarik kat lelaki yang bergelar kekasih orang, apa yang kau buat?


- Sekali lagi, otak aku cakap, kau kena BERSERAH lah hati.




Bila kau jatuh cinta, kopi pahit pun terasa manis.






Kenapa otak aku cakap macam tu walhal hati ni dah dilambung bunga - bunga rindu bau tahi ayam? Sebab semua perkara yang berlaku dalam kehidupan kita, semuanya adalah KEHENDAK ALLAH S.W.T. Jadi, serahkan saja pada DIA. Masa perkara-perkara itu terjadi pada hati, otak aku minta supaya sujud, tunduk, tadah pada DIA. Kalau orang itu terbaik untuk kita, dia akan datang juga tak kisahlah dia kawan, kekasih, tunangan, duda atau status lain yang tidak diketahui. 


SEBAB


Hidup ni bukan kepunyaan kita. Orang yang kita sayang juga bukan milik kita sepenuhnya. Suatu hari, dia mesti pergi meninggalkan kita kalau itu yang DIA takdirkan. Boleh jadi ALLAH pisahkan dia dengan orang kesayangannya lalu dia mendapatkan kita. Atau, boleh jadi juga, ALLAH pisahkan dia dengan orang kesayangannya lalu dia pergi pada orang lain. 



Pernah juga berlaku dalam hidup aku (mungkin juga kau), orang jatuh cinta pada kau tapi kau langsung tidak berperasaan. Puas dia cuba macam-macam cara nak buat hati cair tapi sikit pun hati tak nak melebur *jangan salahkan hati. ada sebabnya*


Patutkah kau maki-maki carut- carut serang-serang sebab orang itu jatuh cinta pada kau?

JANGAN
JANGAN
JANGAN 

buat macam tu.

Macam aku cakap tadi. Otak dengan hati bukan duduk berjiran. Hatinya terpaut pada kau sedangkan otaknya juga sudah suruh mengalah. Jadi, biarkan saja dia dengan dunia cintanya pada kau. Lama - lama nanti, dia akan sedar juga yang kau tak mahukan dia.


TAPI,

Ada jugak orang yang sengaja membiarkan dirinya terus-terusan dilamun cinta dengan orang tidak sepatutnya. Maksud aku, kau sudah memegang status suami/tunang tapi kau masih mahu mencuba nasib dengan membiarkan hati kau 'meliar'.
Hey, kalau kau sudah bergelar sang suami, adalah WAJIB bagi kau menjaga HATI kau. Andaikata HATI kau tergelicir, kembali semula pada tempat asal sebuah HATI. Jika HATI kau bersih dan bukan terpalit dek nafsu, tentu ada jalan yang akan membantu.


Dan hey, kalau kau tunang orang, adalah WAJAR kau menjaga hati pasangan kerana bertunang itu ibarat perjanjian. Kau sudah hampir memeterai janji untuk sehidup semati dengan dia. Kalau kau robohkan tiang janji itu kerana ikut HATI KOTOR, hidup kau takkan bahagia.  



    

Kalau kau suka dan dia suka, itu lain cerita. tak ada kaitan dengan entri aku XOXO



Catatan hati : Aku masih hormat pada 'mereka' yang bergelar lelaki berstatus suami. Tapi, jangan buat sesuatu yang menyebabkan aku rasa hilang hormat.

p/s : Aku perempuan, bukan BETINA. Kalau kau nak cari betina, pergi tempat yang ada banyak betina!



  

2 comments:

  1. cinta itu indah..tapi bagaimana kita menghargai cinta..

    ReplyDelete
  2. ya, cinta itu indah bila hati sedang berbunga. Jadi tak indah bila hati tinggal bunga yang layu :O

    ReplyDelete

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)