Wednesday, May 11, 2011

Please dong! Jangan Tanya Soalan Kahwin.

Bila bukak facebook, tengok kat events, terasa teruja sebab ramai duk invite kita. alah, ajak datang diorang punya majlis kahwin
*_*












Ada lagi. tapi malas nak upload :)


Asal cuti sekolah je, orang kahwin. asal orang kahwin je, cuti sekolah. Kahwin kahwin kahwin *sigh*


Hari tu pun, pak cik yang duk satu taman tanya aku, "bila nak kahwin?"
Adus. Tersentap akak nokkkkk....
Kalau nak jawab, ingat senang ke pakcik, nak cari future husband nih? macam beli ikan kat pasar ke? berlambak je ikan...takut dia pulak yang tersentap dengan aku :O



Serious, kadang-kadang aku rasa rimas pulak bila ditanya soalan-soalan berbaur sedemikian. Pada aku, kalau aku nak kahwin nanti, mesti akan diwar-warkan dengan rasa gumbiranya. Kad jemputan yang mesti ada gambar aku, siap nak letak serai wangi lagi. haha. Itu tak termasuk nak bergaun ala-ala Kate Middleton
banyak duit ko win? nak gadai apa?



Teringat kata seorang kawan, nak kahwin zaman sekarang nih, kalau tak telan belanja sampai RM 15 ribu, memang tak sah. Itu pun majlis yang simple. Yang biasa - biasa bagi orang biasa macam kita. Mak aiihh. Terbelalak mata aku macam mata ikan belodok. RM 15 ribu? wow



 Masa aku pergi kursus kahwin last year
dah pergi kursus kahwin? dengan siapa? pasal apa?
penceramah tu siap bentang belanjawan nak kahwin lagi. kalau tak silap, adalah dalam RM 35 ribu ++. Ternganga - nganga aku kat dalam dewan tu. Tapi, dalam ternganga-nganga, sempat lagi jeling - jeling jejaka yang ada kat kursus tu. mana tau, ada yang belum berpunya lagi
@_@



Tapi, aku memang rasa beruntung gila ah dah pergi kursus tu. Boleh la aku mempersiapkan diri untuk menjadi isteri sekaligus bakal ibu yang baik :)
Dengarnya, kerajaan pun nak lanjutkan tempoh kursus kahwin dari dua hari ke seminggu. aku memang setuju sangat-sangat *aku dah pergi. selamat dah* dengan syarat pengisiannya lebih bagus dan dapat elaun. haha.


ehhh....tapi apasal pulak aku merepek pasal kahwin, kursus, belanja bagai ni. tajuk entri JANGAN TANYA SOALAN KAHWIN. 
Sorrylah, kalau entri ni merapu - meraban. Orang bosan memang macam ni :)



Okey. Mari kita kembali kepada tajuk di atas.








Tolong jangan tanya soalan cepumas tu. tolonglah. tolonglah jangan tak cari kan untuk saya
T_T



TAPI,
kalau nak tanya jugak,
SILALAH



SILALAH




SILALAH




tanya pakcik gugel 
:O











6 comments:

  1. so...bila ko nak ado bf?...bawak2 la bgn tgh mlm solat tahajut biar dipermudahkan...anyway mcm gaban ja kursus kawin seminggu...x kuasa aku nk p haktuihh

    ReplyDelete
  2. yang penting kita ambil kursus dulu..haa

    ReplyDelete
  3. doakn ak ya. xlme lg la nih. wahahaha

    ReplyDelete
  4. @ bunga : baek amek sekarang. kang kne seminggu punya, NANGIS nanti. kehkeh. tapi, kalau pergi dgn cik abang, TAK NANGIS kot. :O

    ReplyDelete
  5. ain pn nk g kursus kwin.. x lme g kursus kwin da sminggu t zaman ain bpe lme la plak.. kuikuikui...

    ReplyDelete
  6. @ ain: gatal. kasi habis hang punyer spm tuh dlu..grrrrr grrrr

    ReplyDelete

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)