Friday, May 20, 2011

Penakut I Mahu.

Kalau kau mahu aku
robohkan dulu tembok sepi
yang wujud di dalam hati
kerana ia menjadi benteng pintu
sekeping hati suci
tatkala ia mencintai

kalau kau mahu aku
robohkan dulu tembok sepi
yang teguh berdiri
setelah bertahun - tahun
kerana
ia adalah tinggalan
seorang lelaki!


catatan hati: serius keliru dengan perasaan sendiri. XOXO


P/S : Kadang-kadang, mencurahkan melalui kata-kata puitis begini adalah lebih baik daripada coretan panjang berjela.






No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)