Tuesday, May 24, 2011

My BFF, Miss E. Sila Semak Pengorbanan Sahabat Anda :)

Semalam, Miss E call aku untuk semak borang ehem ehem secara bersama - sama. Aku kenal Miss E sejak zaman belajar kat KMJ lagi tapi masa tue kitorang just berborak-borak macam kawan biasa dan tak terfikir boleh jadik best friend sampai sekarang.




Biasalah, kan. Bila kawan call, daripada nak check form mesti akan tercerita kisah-kisah lama, bergurau senda, dan of course our personal problems
*_*



Tapi, aku bukan nak cerita problem kitorang yang tak berapa problem tuh. Cuma, nak share suka duka, pahit manis sepanjang kami bersahabat.



Menurut incik Kamus Dewan, sahabat bermaksud orang yang dikenal rapat dan disukai tetapi tidak bersaudara dengannya. Ya, Miss E bukan saudara aku sape nak jadik saudara kau hihi tapi dia antara mereka yang rapat/ akrab dengan aku sejak bertahun - tahun lalu. So, apa ciri sahabat yang membolehkan kita menjalin persahabatan? Eceh.



SAHABAT yang baik ialah : -


1) Paling jujur dengan anda


-  Kawan yang baik ialah kawan yang akan memberitahu dengan siapa kita sesuai bercinta. Maksudnya, kalau dia tidak suka dengan lelaki yang sedang kita kawan, dia akan cakap depan - depan dan bukan kat belakang main cucuk - cucuk mulut. Tapi, kalau dia cakap dia tak suka dan kau tetap tergila - gila, percayalah yang kawan kau akan menghormati keputusan yang dibuat.



- Sahabat yang baik jugak akan memberitahu dengan jelas jika  keadaan kau tak sama macam dulu.
contohnya....



*apsal tembam sangat pipi aku nih hah?! tolong belikan krim kecikkan pipi. hihi*

 
Saya rasa badan awak macam dah berisi sikitlah, awin. Ke saya salah tengok?
 See?
Kalau kawan tak baik, dia akan cakap begini : "Aku rasa badan kau ni dah gemuklah. Kau mentekedarah apa sampai gemuk ni?"

(Sila bagi pelempang laju - laju)



 
2) Setia di sisi anda 



 
- Sepanjang aku kenal Miss E, dia memang terkenal dengan kesetiaannya terhadap aku *pat pat* ketuk kepala macam kucing. Aku ingat lagi masa 1st year aku kat USM, masa tu aku kena sakit belakang tahap teruk sampai nak berjalan, nak duduk, terasa sakit-sakit yang teramat. Miss E temankan aku pergi klinik dan sanggup tunggu berjam - jam lamanya hanya untuk aku. Dah banyak kali aku cakap pergi balik pergi balik aku boleh jumpa doktor sorang-sorang tapi dia tetap berkeras. Dia cakap, "Saya takkan tinggalkan awin sorang - sorang kat sini. Kalau jadik apa-apa, siapa susah?"
*terharu*
*hug*



 
3) Peneman di Kala Susah dan Senang


- Okey. Kriteria ini sangat sukar dicari. Tapi, Miss E ada :)
Dia berada di sisi aku sewaktu mengalami aku poket kering ikat perut. Sama - sama share makan isk isk isk. Dan dia juga ibarat protector yang melindungi aku sewaktu aku dikecewakan. Hakktuuuuihhhh
*kisah lama*
Sanggup mendengar keluh kesah aku yang terasa sakit kat hati sampai hilang selera makan lalu kurus dan menjadi penasihat agung tak rasmi pada aku. Memberi kekuatan dalaman supaya bangkit meneruskan kehidupan
*ni ayat aku ka?*



4) Pendengar Yang Baik lagi Terhebat  


- Kadang - kadang ada benda yang kita tak boleh share dengan mak (mak pun kira BFF gak nih) tapi boleh dikongsi dengan sahabat. For sure lah. Siapa yang nak dengar cerita karut marut ko tuh kan?
Hal perasaan, sentimental tahap gaban, romantik karat marat, semuanya aku akan cerita kat Miss E. Dan dia pun satu satunya orang yang tahu sama ada aku suka atau tidak pada mereka - mereka yang cuba mengayat. huahuahua.  dan hey, dia tahu taste aku gila gila ah. Susah nak sorok, wehhhhhh



5) Sangat  Pemahaman  Memahami


- Selepas berkawan begitu lama, sahabat juga akan tahu mood kita. Bila kita happy, bila kita marah, dan  bila kita jatuh cinta
:O
oooopppssssss

Macam Miss E, dia dah paham yang teramatlah sangat bila aku tengah marah. dia dengan penuh kesabaran akan buat bodoh bila tahu aku marah/sakit hati kat dia. Memang selamba badak minah nih tau bukan nak pujuk merayu rayu gedik. Dia tahu kalau aku marah aku akan senyap maybe tiba - tiba aje tak bercakap walau sepatah. atau kalau bercakap, tak tengok muka dia memang muka aku mintak penampar lah time tuh Monyok macam tempoyak basi. Tapi, Miss E tetap bersabar sebab dia tahu biasanya aku marah bersebab :)
Yang kelakarnya, tak lama lepas tuh, aku dah okey, mental dah sihat, boleh pulak berborak macam tak ada apa apa. Tapi, nanti mesti dia cakap, "Awak marah kat sayaaaaa, eh?"
hok aloh macam laki bini
*_*



6) Menghargai Sahabat


Selepas menjalin persahabatan, adalah amat penting untuk menjaga persahabatan itu sendiri. Tak semestinya untuk boypren/girlpren jer. Kawan penting, tau? Kau boleh cari boypren/girlpren bila - bila masa tapi kawan baik bukan senang. Bak kata Karam Singh Walia, ibarat mencari permata di dalam lumpur hitam
Okey, itu ayat aku tuh
*_*


Aku dan Miss E, selalu bertukar kad, membuat kejutan OMG kau bagi aku benda nih (buat muka terkejut gila gila). Lepas dia kenal aku, dia pun dah jadi pencinta kad raya. Haha. Selalu kitorang bagi kad raya, kad birthday dan yang kat dalam tuh tertulis isi hati masing - masing.
Contoh :

p/s : Win, saya rindu awak. Saya sorang-sorang kat sini....
(ayat dalam kad raya dua tahun lalu. sungguh, tak tipu)

hok aloh macam laki bini
*sekali lagi*


Cukuplah kot enam ciri sahabat tu. Kalau ada yang lain, korang tambahlah sendiri:)
Apapun, cari sahabat dan hargailah kehadiran mereka.



 
catatan hati : Miss E, rindu gila nak jumpa ko. harap - harap tercapai impian aku macam dalam ni


 

p/s: Sorry, gambar Miss E tak ada dalam laptop ni. kat dalam laptop lama. huhu. Tiga tahun tak jumpa you
 sob sob sob 









2 comments:

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)