Sunday, May 8, 2011

May Allah Bless You, M...



M = Mak
M # Mr Right
*_*



 
Kalau anda nak baca tentang M yang kedua, sila mohon doa agar dipercepatkan dan dipermudahkan penemuan itu. Terima kasih.

*tadah tangan sebab mengaminkan*



M yang pertama itu sangat istimewa bagi saya. Tak perlu hurai betapa istimewanya M itu sebab semua M yang anda ada akan dikatakan sangat ISTIMEWA. kan? kan?



M yang saya ada ini seorang yang tidak tahu apa itu tetikus *dia kata tikus*
Dia pun tak tahu macam mana nak bukak komputer atau nak cabut broadband
Tak tahu bawak kereta waima motor. Kalau basikal pun, dia akan menggigil semacam
Tak faham sangat Bahasa Inggeris
Ada banyak yang dia tak tahu




 
TAPI


ADA BANYAK JUGAK YANG DIA TAHU


M saya pandai masak. memang hebat :)
Dia tahu macam mana nak guna segala bahan mentah yang ada dekat dapur dan sekelip mata sudah boleh siapkan banyak lauk
Dia jugak terer bab - bab menjahit dan mengemas
Dia tak faham sangat Bahasa Inggeris tapi dia terer Hindi. kalau tengok movie, boleh tahu makna  dan tangkap leleh bila Sunny Deol mati/putuih chinta


 

Itu cerita pasal M saya.
Yang selalu buat sarapan setiap kali nak pergi sekolah.
kalau tak sempat nak makan, dia suruh pakcik bas tunggu dan suap saya sekeping dua cekodok di khalayak ramai
*sampai mulut saya penuh dengan cekodok dan air Milo di tepi bibir*

Yang jadi tempat saya bercerita bila ada kawan mengumpat saya.
Tak pun yang jealous dengan kecantikan/kebijaksanaan saya
*tipu tipu*

Dia jugak tempat saya cerita pasal kisah chinta saya yang kecundang di tengah jalan lalu diketepikan di jalanan

Atau betapa jiwa saya meroyan menghadapi tekanan kerja


 
Dan dia jugak selalu jadi orang pertama yang saya suka khabarkan berita gembira

Pendek kata, M inilah segala-galanya buat saya.


 


Kali ni, sambut dengan Domino's Pizza aje.
Motif : Guna kupon sehabis baik.hehe.





 

Happy Mother's Day, Mak
I love you.
We love you.


 

p/s : Kek ditaja oleh adik sendiri hanim 










2 comments:

  1. wah sedapnya siap dapat belanja lagi...
    hehe...

    ibu OE pun tak pandai apa yang mak Azwin tak pandai...
    hehe..
    kalau dia nak tengok gambar atau apa-apa dekat laptop anak dia, startlah menjerit2 suruh tekankan untuk dia...
    (n_n)

    ReplyDelete
  2. really?
    biasalah..
    mak - mak kan?
    orang dolu- dolu..hihi

    ReplyDelete

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)