Saturday, May 28, 2011

Keinginan Yang Akan Membunuh. Kau tahu?

Selalu orang cakap, bukan semua yang kita inginkan akan kita dapat.
Tapi, belum pernah lagi aku dengar orang cakap, kita akan dapat semua yang kita inginkan.
Ceit.
Kenapa bukan ayat ini yang selalu dicakap - cakapkan dek orang??!
*menyampah*


Tapi, tahu tak yang keinginan kita itu kadang - kadang tak dimakbulkan oleh ALLAH S.W.T kerana bersebab?  Pernah tak terlintas dalam kepala korang? Ke kepala aku seorang saja yang terlebih berfungsi?
*_*


KEINGINAN PERTAMA
(KISAH BENAR)


Dulu, masa aku kecik, aku teringin sangat-sangat nak lari dari rumah sebab mak marah aku. Entah syaiton (ejaan sebenar: syaitan) mana entah yang merasuk kepala otak aku agaknya sampai terfikir nak lari, siap masukkan baju dalam beg dan kemudian letakkan kat bawah katil. Konon - konon nak lari esok, pagi-pagi waktu subuh tu. Bila dah siap bungkus barang, baru terfikir, mana nak cari duit tambang? Takkan nak mintak kat mak? Kan aku marah kat dia? Last-last, aku tertidur sebab terlampau banyak berfikir macam mana nak menguruskan hidup tanpa bantuan mak ayah. Kesudahannya, aku tak jadik lari dan siap cadang akan kumpul duit sebab senang nak lari kalau mak marah lagi lepas tu :o


Bila dah besar, baru aku terfikir, kalaulah Allah perkenankan niat aku time tuh, gerenti hidup aku tak macam sekarang. Entah - entah dah kena cekup orang jahat mana entah, pakai baju seksi, dedah-dedah, hisap rokok, mekap tebal gila, duk cari customer kat tepi lorong.
Astaghfirullah....

Tak pun, kena tangkap dek orang jahat, dipatahkannya tangan aku, kaki kena potong, lidah kena potong, mata kena cucuk dengan garfu macam Kasim Selamat, hidung kena toreh (apa yang tinggal kalau semuanya nak dipotong? kau ada akal tak, awin?)
Pastu, disuruhnya aku pegang mangkuk sambil buat muka sayu-sayu kasihan. Sob sob sob



KEINGINAN KEDUA
(INI PUN KISAH BENAR JUGAK)


Dulu, masa zaman remaja yang tak bertauliah tu, selalu sangat budak - budak sekolah aku heboh-hebohkan. Kononnya, sapa tak berkapel, dia tu dikira tak lakulah. Dan mana - mana girl yang ada boyfren tu memang dianggap mengancam ah. kiranya cun dan 'hot'. Ingatkan zaman aku aje yang ada pemikiran bongoks macam tu. Rupanya masih wujud lagi. Alahaiiiiii....


So, disebabkan pemikiran yang berbentuk sedemikian rupa, maka, berbondong-bondonglah kawan - kawan mencari pasangan yang boleh diisytiharkan sebagai kekasih mereka. siap ada pantun lagi. pat pat nya nya. siapa cepat dia punya *hahahaha*
Masa tuh, siapa mamat yang paling handsome kat sekolah dan menjadi kegilaan ramai akan dicop dasar buaya sebab bertukar-tukar awek. lepas sorang, sorang. kejap budak putih gebu, kejap lagi yang coklat gelap. kejap yang pakai tudung, kejap lagi yang rambut perang mat saleh.
Macam tu jugak yang perempuan. Tapi, perempuan kita tak panggil dasar buaya betina :P

Oleh kerana melihat teman - teman bergembira di samping boypren-boypren mereka, maka aku pun berkeinginan untuk berbuat sedemikian. jenuh jugak mengintai siapa yang sesuai dijadikan kekasih hati. amatlah malang bila lelaki yang kita berkenan, moralnya rendah tahap gaban. ada jugak yang bermuka handsome dan menawan hati tapi banyak cekadak. Jadi, keinginan itu akhirnya berkubur sebab terlampau memilih :)
Of courselah. Aku tak sanggup nak ambik mana-mana budak asalkan nak berlagak menunjukkan ada boypren! eeuuuuwww


Bila usia semakin menginjak dewasa (eh. pra dewasa tau), barulah rasa bersyukur sangat - sangat sebab tak terpengaruh dengan keinginan sedemikian. Bayangkan kalau aku berkapel asal boleh time tuh, pastu tak jadi mendirikan masjid, gerenti orang akan sebut, awin mana ek? mana ek?
Alah, yang kapel dengan si polan tu ha. ceit.
wahhhh, dasat tuh. dasat. Tak sanggup aku.
Tapi, tu kira okeylah. Buatnya aku jenis yang cepat jemu, bosan kapel ngan orang yang sama jer,lalu mula bertukar pasangan, mesti orang akan sebut,
awin mana ek? mana ek?
Alah, yang buaya betina tu lah. ceit ceit ceit.


Jadi, aku memang bersyukur sesangatlah ALLAH tak makbulkan keinginan tu.
Itu pun ada gak orang dengan muka tak segan pipi tak malu macam pinggan buat cerita kata aku bekas awek dia. Habis satu taman, kelas, dia duk canang. Berani kau burukkan nama baik aku, eh?
Bila masa aku berkapel dengan kau? Ah, tak payah cakap kapel, bila masa aku bercakap mesra dengan kau? Ada ke?
:O



KEINGINAN KETIGA
(INI KISAH PALING BENAR. BARU SAJA BERLAKU)


Masa dulu, selalu berangan nak jadi model. Pantang jumpa cermin, mulalah buat aksi Marilyn Monroe tuh. Bukak-bukak mulut konon bibir seksi. Habis gincu mak aku tenyeh. Eyeshadow pun asal boleh ajer. Janji kelopak mata tu berkaler. Handbag mak pun nak dibawak sana sini. Konon artis, model.
Tak sedar bila dah besar, tinggi tak cukup, pipi tembam, kepala besar, peha besar 
apa lagi yang besar, hah? 
*huhu*


Bila dah besar, baru rasa dan cakap kat dalam hati, nasib baik tak dikurniakan kecantikan cam model - model nih, kalau tak, tak pasal-pasal dapat banyak dosa. asyik nak tayang aset aje. Mesti ayah dengan mak parangkan aku. Pakai skirt pendek, potong kaki tu. Pakai baju nampak ketiak, potong lengan tu. pakai baju nampak dada, potong .....???
Errr errr.korang pikir sendirilah yang ini.
XOXO




P/S : Sebab tak dapat nak jadik model, namun impian bergaya macam model tetap terpahat kukuh di dalam sanubari. eceh.
Impian nak pakai handbag/kasut/baju mahal dan ikut trend.
Baru capai handbag baru masa sale kat Jusco semalam ~ lalalala


Catatan hati : Aku tak fikir beli handbag mahal itu ialah keinginan yang membunuh. Tapi, ia telah membunuh 'poket' aku. hihi









 

1 comment:

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)