Sunday, May 22, 2011

Kalau Nak Kahwin, Kena Pandai Masak. Iya ke?!

Disebabkan minggu ni tak balik Senawang, Kak Mas (artis) pun tak pergi Puchong dan kami sama - sama tak ke Subang untuk jenguk adik aku konon - kononnya. Maka, inilah masa untuk kami menghabiskan masa berdua dengan memasak *kata adik beradik angkat.haha* Serius, dah berapa hari tak jamah nasi. Hari ni nak makan lebih sikit
XOXO 



Biasanya, aku yang akan masak lauk-pauk ni kecuali sayur. Bila fikir balik, sama je macam aku sewa rumah kat Gemas dulu. housemate masak sayur, aku masak lauk *rindu kat housemate lama, Kak Hasmah.auuwww*


Okey, kalau korang tanya, betul ke aku ni pandai masak? Aku akan jawab ni


BOLEHLAH. KALAU KAHWIN, TAK ADALAH LAKI AKU MATI KEBULURAN


*shy*


Tapi, memang aku tak adalah tahap handal macam mak - mak kita memasak. Maybe sebab diorang hari-hari praktis. Aku? Aku mana ada laki n anak macam depa :O





Kronologi Kemahiran Memasak Cik Awin



1) Aku anak sulung dari 8 beradik. Masa darjah 1 n 2, aku duduk dengan atuk dan nenek. Selalu lah menyibuk kat dapur. First time pegang pisau nak potong bawang putih, tangan menggigil semacam. Bila dah tahu potong, bajet konon macam Chef Wan ah sampailah makcik aku tegur, "Mesti nenek marah kalau tengok kau potong bawang macam ni."

Aku : Kenapa pulak? Terer apa. Laju awin potong. Tengok-tengok *sambil potong dengan laju penuh kesungguhan*

Makcik : Memang le laju. Tapi apa yang nak dimakannya kalau bawang kau macam ni hahhhh.





Imej asal.



Apsal lak bawang jadi itam? Confused. Tak paham.


Okeh.



You get it? Sila baca untuk pemahaman.
Saiz bawang sebenar telah bertukar menjadi separuh/suku akibat dipotong oleh budak darjah 2 yang terlebih eksaited(excited) memotong bawang macam Chef Wan.
XOXO




2) Of course benda pertama yang aku tahu masak ialah telur mata kerbau. haha. Kalau tak silap, darjah 2.



 
3) Disebabkan selalu rasa lapar tiap-tiap malam akibat penggunaan tenaga secara berlebihan *hiperaktif*, maka aku belajar memasak nasi goreng. Setiap kali nak masak, kena letak dan susun semua barang/bahan supaya tak terlupa. Tapi, aku lupa gak. GARAM.
*_*



4) Lauk pertama yang aku masak ialah asam pedas (secara rasmi, asam rebus namanya). Masa tu, mak aku nak bersalin adik yang bongsu, kalau tak silap masa tu aku Form 2. Entah macam mana, tiba - tiba mak nak terberanak pulak. Betul-betul tak terjangka dan beliau telah meninggalkan aku dengan adik-adik kecik bersama asam pedas yang belum dimasak lagi. Oleh kerana aku ni baik hati, memikirkan adik nak makan, dan takut pak mak sedara  datang melawat, maka aku telah memberanikan diri untuk masak asam pedas. Dari segi rupa paras, memang menjadi. Huhu.  Tapi, pak long aku tanya, "Kau masak apa ni, win?" 

Aku : Asam pedas (hidung kembang kempis. bangga ah konon)

Pak long : (hirup kuah) Ye ke? Pak long ingat asam rebus
Aku : ??!!???!!! (hidung tertutup lubang dah)
*hampeh gas betul ah*



5) Lepas kejadian asam pedas bertukar asam rebus, aku paksa mak ajar aku sampai  pandai. then, baru lah belajar masak lauk lain pulak. mak aku cakap, kalau pandai masak, senang. Nanti laki suka.


Aku : Iyo ko, mak?

Mak : Ya. Orang laki suka kalau perut diorang kenyang.

Aku : ???!?!?!? (angguk sebab jaga hati mak walaupun nak bidas)


Owh, kalau perut tak kenyang, tak sukalah ya (tak boleh cakap dengan mak macam tu. Confirm mulut kau kena senduk panas. Hakkktuiiihhh). Bila dah besar, aku tak fikir yang perempuan kena pandai masak hanya  untuk membesarkan perut  lelaki menawan hati lelaki. Sebaliknya, tak salah kalau lelaki pun tahu memasak, sebab perempuan sekarang dah bekerja. Sama - sama cari rezeki. Gilir - gilir ah memasak. So, pendapat mak aku dah kureng sikit lah untuk digunapakai. 


So, apa pendapatan(pendapat) korang?





Lauk pauk hari ini : kari telur, sayur bayam dan sambal ikan.
P/S : Kuah kari terlebih santan dan sambal ikan, masin sikit. Sorry 'artis' :)
Catatan hati : Orang cakap, kalau kita masak, rasa masin - masin ni, itu tandanya nak tak lama lagi nak naekkk  pe......la......
*malu pulak*
:O 













6 comments:

  1. x lame lg la tueeeeee.....panass!!~~~~~~~~~~~....auwwwww....pas u...i lakkk....ouchhh....~ala2 gedikkkkkkk....hahahahhaha

    ReplyDelete
  2. wooo..nampak best..ajarkan bunga leh..

    ReplyDelete
  3. ada sorg mamat tuh gtau aku, katanya x penting calon isterinya pandai masak tp yg paling penting ialah setia

    ReplyDelete
  4. hahaha. tp bunga pun pndi jugak kan? kan? hihi

    ReplyDelete
  5. mccat: owhhh...aku SETIA Orangnya. huahuahua

    ReplyDelete

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)