Sunday, April 3, 2011

Tolong Hormat Agama Orang!!! Dulu, Kau Tak Sekolah Ke?

Semalam sampai rumah, badan lemah-lemah, rasa macam nak demam. Pagi ni, bangun je, hidung keluarkan satu lendir yang dipanggil hingus:O


Lepas menternak lemak chomel dengan makan lebihan nasi minyak Wak Sarip beserta ayam masak merah dan daging masak kurma, adik aku, Hanim, cerita pasal kerja baru dia *Budak tengah tunggu nak masuk U*




Alkisahnya, kedai kek yang dia kerja, ada pekerja Indonesia yang beragama Islam. Lepas adik aku rapat dengan pekerja tu, dia cerita kat adik aku, dia sebenarnya pakai tudung dan bersolat, tapi bos yang beragama teet teet teet teet tu tak bagi buat dah. Tak boleh puasa dan apa yang biasanya kita sebagai Muslim buat. 


Aku yang dengar ni, terasa marah. Sebab aku dulu pun pernah kerja dengan orang yang satu bangsa dengan bos adik aku masa tunggu nak konvo dulu. Bezanya, aku sempat gilir - gilir nak solat dengan sorang pekerja Indon lain. Itupun pernah 'kantoi' masa aku solat Maghrib. Bila dia tanya, aku cakap, "Saya sembahyang."


"Berapa kali kamu sembahyang? Siang kan dah sembahyang?" *ni pun kantoi gak*



 "Saya jumpa TUHAN SAYA 5 kali sehari."
*muka samseng masa ni*

Bos? Dia diam.


Nasib baik aku kerja dua bulan je. Dapat gaji, terus cakap, nak sambung master walhal yang 'ado'. Siapa nak kerja kalau kau tak tahu hormat agama orang. Dah lah suruh aku pakai ketat-ketat, seksi - seksi sikit. Tak kuasa aku nak pakai lawa-lawa padahal jadi kuli batak kau je. Yang kayanya kau, yang berdosanya aku!




Aku pelik betul kenapa masih ada orang yang tak berapa nak faham Islam. Tahu tak yang kami ni bersolat 5 kali sehari? Puasa sebulan sepanjang Ramadan. Pakai tudung kerana Islam mewajibkan umatnya menutup aurat*tu pun ada lagi yang kata nak pakai tudung kena tunggu seru* SENGAL




Berbalik pada kisah pekerja Indon tadi, aku rasa kesian gila - gila kat dia sebab kerja dari pukul 9-12 malam. Balik rumah bos, kena buat kerja rumah pulak. basuh baju,sidai baju, kemas rumah. Last - last, tidur pukul 2 - 3 pagi. Pastu, bangun kul 6 pagi, buat sarapan, siapkan anak orang tu pergi sekolah pulak. Gaji? RM 500 je. Tak lebih, tak kurang. 



Memang cikai.




Aku ada kawan jugak. Semua bangsa aku kawan. Setakat ni, semuanya respect agama Islam. Maybe sebab diorang masuk sekolah kebangsaan dari kecil sampai besar. bercampur dengan orang Melayu yang beragama Islam. Jadi, kalau dia tak tahu, dia akan tanya. 



Pada aku, apa yang bos adik aku dan ex-bos aku buat, memang perkara yang menyentuh hati aku sebagai umat Islam. Sepatutnya, mereka kena hormat dan ambil tahu serba sedikit tentang agama orang lain. Kalau aku pun tahu tentang agama Buddha, Hindu, Kristian, kenapa tidak diorang? 






Ini adik aku. Bukan pekerja Indon tuh *_*




Semua agama mengajar penganutnya berbuat baik. Yang membezakan setiap agama itu ialah Tuhan dan Tuhan aku ialah ALLAH S.W.T. 
Aku harap dua orang bos tuh, silalah kembali pada nilai moral dan sivik yang baik. Hari ni kau aniaya orang, esok lusa tulat langkat, kau pulak yang kena!     

3 comments:

  1. *muka samseng masa ni*

    terbaiklah~~~^_^

    ReplyDelete
  2. tak apa..selagi kita berpenagn pada-Nya insyAllah rezeki akan ada kan..bukan bos tu yang bg rezeki..

    ReplyDelete
  3. bre_eze: skang da x bpe samseng:)
    bunga : betul. rezeki ada d mne2. berani dia buli budak yg baru bis blaja masa tuh *_*

    ReplyDelete

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)