Friday, April 29, 2011

Thanks MR ANUAR *_*. Jom Pergi Makan kat Secret Recipe.

Dalam hidup aku, ada 2 barang yang wajib dibawak bila keluar. 1st, handset. 2nd, duit. Habit ni tak boleh ditukar sampai masa gegaran ala-ala tsunami kat Kolej Matrikulasi Johor dulu pun, aku sempat bawak dua benda nih. Serious, tak boleh tinggal.  Sebab masa tuh aku fikir, kalau aku mati, at least orang boleh tahu itu mayat aku XOXO
Biar ar gamak duit dalam purse tinggal dua hengget sekalipun, aku tetap nak bawak. 



Masalahnya, Sabtu lepas, entah nak dijadikan cerita, sibuk Kak Mas (housemate yang aku selalu panggil 'artis') isi minyak kereta, aku pun sama jugak menyibuk nak berborak *macam dalam kereta tak boleh nak borak-borak bagai* Tak lama lepas tu, baru aku perasan yang handset aku tak ada. Aku bajet terlupa ah kononnya, tertinggal kat dalam kereta aku ke, kat atas meja ke. Last - last, Kak Mas call dan terkejut tahap beruk Mat Yip bila ada lelaki yang jawab *OMG*


Rupa - rupanya, handset aku tercicir kat stesen minyak daaa...Maka, dengan nada merayu, Kak Mas harap orang tuh pulangkan handset aku. Siap mintak nombor and nama beliau yang gagah berani lagi jujur. Dialah Mr Anuar, jejaka yang mintak kitorang tunggu kat Alamanda. Eceh.


Episod tak boleh nak buat kerja berlaku dalam hidup aku sebab handset tak ada kat sebelah. Lepas tuh, risau Mr Anuar  godek-godek handset aku dan terbukak picture yang ada dalam tu. Serius, aku tak simpan gambar tak senonoh, tapi aku segan orang tengok gambar aku yang bajet MANJA-MANJA, TERSENGIH SANA - SINI *sebab aku jarang senyum dengan orang* huhu.



Aku dengan Kak Mas tunggu Mr Anuar ni dari jam 11 malam. Sebelum tu, kitorang pergi tengok movie The Roommate *serius saspen derrrr* pasal nak menghabiskan masa. Dia janji dalam pukul 12 dah ada kat Alamanda tapi dah pukul 12 pun, bulu hidung pun tak nampak! Bila dimesej-mesej, katanya ada kat Sepang. Last - last, pukul 3.30 pagi baru dia tercongok.


ADOIIIIII!! RASA NAK PIAT-PIAT AJE TELINGA:)
Kalau boleh ditekan, aku nak tekan-tekan mamat tu sampai penyek. Penat seyy tunggu orang nih.




 Maaf, gambar tidak chantek untuk diambil. Mata makin sepet, susu sekotak itu bagi tidur nyenyak di awal pagi *_*



Serius, 4 jam tu, kalau orang yang nak beranak, dah lama keluar anak. Kalau orang meniaga, dah dapat 20 customer dah. Serius, aku tak percaya aku tunggu sorang lelaki sampai 4 jam. Tapi, demi handset yang baru dibeli, aku redah jugak. Berbaloi la bila dia datang dan bagi handset kat aku. Baru ada rasa bernyawa balik. hihi.



Sebab dah pukul 3.30 pagi, aku ambik langkah berjaga - jaga dengan tak keluar dari kereta. biar Mr Anuar yang datang. Mak aihh. Muka serius jer. Langsung tak cakap sorry, lama tunggu ke? bla bla bla. Bagi handset, aku cakap thanks dan bila bagi sikit duit, dia cakap tak payah. Terus blah.


Aku pun malas nak panjangkan cerita yang tak berapa panjang, terus meredah waktu pagi dengan Kak Mas. Dua - dua dah mengantuk, dua - dua belum solat Isya', dua - dua terkejut bila jumpa Mr Anuar :O

*orangnya boleh tahan okehhhh*


So, disebabkan Mr Anuar tak nak duit tu, aku pun belanja Kak Mas kerana kesudiannya menemani aku untuk mendapatkan handset yang tak semahal Blackberry Torch idaman I.

Makan kat mana?



Kat Secret Recipe



I yang belanja okeh



 


Cakk!! watermelon juice dengan ice blended cappucino




I punya yang kaler merah-merah Mak Ngah tuh:O






Mushroom soup. pergghhh..sedap giler. Kalah mushroom soup yang instant tuh. Yang selalu aku buat untuk cicah ngan roti zaman belajar dulu.hehe



Spagheti meatball *artis punya*



Nasi apa ntah. Tapi, rasa dia memang kaw-kaw punya. Nak-nak satay tuh.

Sekali hang menyudu masuk dalam mulut,
gerenti





Berkali - kali akan menyudu:)




Kalau u ambil duit  yang I bagi, Mr Anuar, mesti u pun dapat makan kat sini dengan kawan u tu :o


Catatan hati : Selalu gak jeling - jeling handset, kot - kot mr anuar nak call, tanya khabar handset I eh tak khabar I ~ lalalalala







    

3 comments:

  1. Mr annuar nak call? hang byk baco sgt novel daa...amende..ahahaha jgn mrh abg annuar. kira ok la sanggup p pulg hanset hang. mungkin dia p repair keto F1 kat sepang kan.tuh yg lambat ngehehehe...hamboi hang bkn kemain mkn...ahaha..sebut gempa tsunami kat matrik tringat diri gwe yg pikiq katik gwe nk runtuih ka ahaha ruhpernya kesan gempa..tp gwe bw hp ja time tuh..nk mesejan dgn peslove (hakktuihh)

    ReplyDelete
  2. @ mccat : serious weh. ak mmg duk ngintai2 nset.kot2 dia nk call. tp, skang da x daa. udah terima hakikat bhw hidup ini bkn telenovela. wahahahaha

    ReplyDelete

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)