Sunday, April 17, 2011

Review Movie : Senjakala (Lakonan Zahiril Adzim dan Liyana Jasmay)

Owhhh....Disebabkan  trauma hitam dalam hidup, aku dan Kak Mas keluar jugak untuk menghappykan diri, plan nak gi sama dengan Kak Laily, tapi tak jadi bila dia busy dengan research apa entah ~ kena tunda nak pergi kedai chomellll.




Sapa punya kereta parking kat luar, dialah kena jadi driver. huhu *selamat*
Kitorang gerak pukul 6 petang, tak sabar nak pergi jenjalan kat Alamanda *_*




Bajet buat muka ganaih pasal nak tengok movie yang ini ..grrrr




Errr..yang ni nak pergi tengok gak ke?




Jumpa katalog ni masa tunggu kat surau, nak solat Maghrib. Bersinar - sinar bijik mata I



Mata bling bling  terus pandang kat dua cincin ni hah




Mana satu yang jadi pilihan? Design bunga besar atau yang simple aje? Ce teka ce teka





Biar simple, asal harga sesedap nie.... Hahaha.




Duduk sat sebab tak tahan pakai....





Kasut tuh hah....Padah nak melawa punya pasal. Ambik kau. Terkedek-kedek nak berjalan. Nak masuk wayang pun lembab semacam XOXO



Okey, dua jam aku tercongok kat dalam tu, aku rasa movie ni biasa aje. Kisahnya, Karlisa (Liyana Jasmay)  rasa down sebab tunang dia baru meninggal dunia. Sebelum tu, dia asyik mimpi yang bukan - bukan. So, lepas kelentong parents dia, dia ajak Bella (Faezah Elai) pergi kampung Senja Lama. Kat situ, dia jumpa Arman (Zahiril Adzim) yang ada bela saka. Lepas pang pung pang pung, rupa -  rupanya saka tu milik keturunan Karlisa. Maka, korang faham - fahamlah. Mesti lah ada ustaz yang akan tolong untuk buang saka tuh.

Kenapa BIASA JE??

- Entah. Macam tak ada 'roh'. Aku langsung tak menjerit seriau walhal aku memang suka tengok cerita seram - seram nih. Satu - satunya cerita seram yang wat aku cepat-cepat pergi tidur lepas tengok, cerita Kekasihku Seru. pergghhhh


- Part buang saka tu terlampau mudah bagi aku. Ustaz kumat - kamit sikit, dah setel. Nak buang saka bukan senang, tau tak?


Tapi, lakonan Zahiril dengan Liyana memang syok, mantap. Maybe ini saja yang buat aku bertahan sampai habis. Dan yang kelakarnya, ada orang gelak bila Zahiril asyik dok pegang telinga. Aku pulak gelak sebab orang - orang tu tak paham agaknya.
Character Arman yang banyak simpan rahsia dan rasa gugup bila berdepan dengan Karlisa, menyebabkan dia asyik cuit telinga.
Biasalah.
kalau kita  takut atau gabra, mesti kita salurkan dengan buat benda lain. Tul tak? Contohnya, kalau aku rasa takut, mulalah aku nyanyi lagu Negaraku. huhu.* berjiwa patriotik* Tapi, kalau lalu kat kubur waktu malam, aku melagukan Al-Fatihah, ok? Gila kau nak nyanyi lagu Negaraku time tuh



Kalau ada rate untuk filem ni, aku boleh bagi 5/10 je. Bolehlah layan kalau korang bosan-bosan.






Nanti kita gi tengok filem Syamsul Yusuf ya dikkkk *peminat setia Syamsul. Adehhhhh*


No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)