Sunday, April 10, 2011

Duit Lebih Penting Daripada Kasih Sayang? Itu Cakap Kau.



Baru nak sambung buat kerja, telefon bunyi dan bila aku tengok, nama yang tertera pada skrin ialah orang yang melahirkan aku, BONDA *tapi aku panggil wanita cantik itu - emak*


Bila dijawab, tanpa salam, mak tanya, "Kau tengah buat apa tu?"
"Tak ada apa. Kenapa?"
*dengar suara pun dah tahu ada hal penting*


Lepas mak aku luahkan apa yang terbuku di dalam hati, aku cuma boleh simpulkan yang manusia akan jadi gelap juling terjojol bijik mata bila sebut pasal duit. Tak kira yang muda hatta yang tua.





Duit memang penting. Lagi banyak kepingan duit, lagi hilang nilai kasih sayang. Betul ke? - gambar-


Aku tak kisah pasal duit sebab duit tu boleh dicari. Biar kudrat tulang empat kerat dikerah sampai lupus, aku sanggup asal tak menipu, tak berbohong, tak cuba jadi pengkhianat dan tak cuba 'merompak' hak orang lain!



Sorry kalau aku tak cerita perbualan/ dialog dengan emak *BONDA* sebab ibarat menepuk air dalam dulang, terpercik kat muka sendiri. (Kalau tepuk cili serbuk, terpercik kat muka = pedih sampai tumbuh jerawat batu) *_*



Aku cuma boleh nasihatkan emak supaya berbincang elok - elok kerana air yang dicincang takkan putus. Tapi, kalau empunya badan yang seakan tak menghargai emak dan kasih sayang dia, untuk apa lagi mengalah? Jangan ingat mengalah tu aktiviti yang menyeronokkan. Sebenarnya sangat memenatkan.


Semua orang boleh jadi ibu tapi ingat, bukan senang nak jadi ibu. Kalau anak mengguris hati ibu, berdosa dan begitu juga sebaliknya. Sebanyak mana pun duit yang kita ada, tapi ingatlah yang duit itu tak boleh dibawa atau ditimbus dalam tanah kubur kita!


Aku sendiri pun ada banyak terguris hati dengan insan tersebut tapi aku berfikiran positif, tak mahu ambil pusing pada perkara yang tak sepatutnya aku runsing. Tapi, sebagai anak dan ada pertalian darah, hati aku pun turut sama tercalar apatahlagi pernah terdengar suara-suara sumbang yang mengatakan aku adik beradik ibarat kebulur tak cukup makan *buang jauh - jauh cuba tak nak ingat*. 




 Kami lebih rela tak jejakkan kaki ke rumah anda daripada dikata sedemikian. Mak ayah kami masih mampu bagi kami makan.


Mungkin memang betul kata orang, duit boleh menyebabkan hubungan kekeluargaan jadi renggang, nilai kemanusiaan tenggelam, hati semakin kelam.




Kalau kau lukakan hati dua insan ini, ianya ibarat cuba membunuh kami. Kami boleh hidup tanpa orang lain tapi bukan tanpa mereka berdua.



Aku cintakan kedua - duanya selepas Allah dan Rasul. Hubungan anak dan ibu bukan saja perlu berlandaskan komunikasi, kepercayaan tapi juga pegangan. Kalau mata dikaburi dengan wang, sampai bila - bila kau takkan faham dan rasa apa itu kasih sayang.


p/s : doa aku, jangan sesekali KAU jahilkan aku dan hatiku ini YA ALLAH dengan wang yang enaknya sekadar di dunia.
Ah, lupa. Entri kali ini sedikit sastera bersarang emosi kerana minda terpalit dengan kenangan - kenangan yang pernah menggores jiwa. 



2 comments:

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)