Thursday, April 21, 2011

Cinta 10 tahun. Nak Jugak ke Cik Awin?


Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka
Eceh. Apa kes aku duk keluarkan madah pujangga Hamka pulak ni? Aku tengah dilamun dilambung taufan cinta ke? @_@
ke ada aura - aura miang gatai nak kahwin? *_*
Okey okey. aku faham. Tak mau gurau lagi pasal benda nih.
So, apa yang pasti,
Entri kali ni tak ada kena - mengena isu aku nak kahwin, dah ada bf, atau orang tua gatai yang nak ngorat aku macam kes lepas (Owh, lupa nak cakap. Orang tua tuh sebenarnya berniat nak buat aku second wife tau. DASAR JANTAN TUA TAK HENGAT AKHIRAT!)

*sigh*


*kacau mood I nak bercerita je lah*


*tarik nafas dalam - dalam, hembus*


*okey, mood dah datang sikit*

XOXO

Alkisahnya, ada satu kawan tempat aku mengajar sekarang, selalu membebel duk citer pasal husband dia. Yelah, dia kerja sampai petang. sampai rumah, nak jaga anak, nak cuci baju, nak kemas rumah, nak masak bagai. macam - macamlah. Jadi, aku selalu lah tadah telinga mendengar luahan hati dia.


Satu hari, tangan dia terluka masa duk potong sayur ke apa ntah. So, dia tunjuk kat husband dia. Husband dia cakap, "Mata u ada dekat mana? Tak nampak lagi dah?"
Aku tanya kawan aku, dah berapa lama u kahwin sebab setahu aku dia baru ada sorang anak jer. Dia cakap, baru 3 tahun. Aik, aku cam pelik lah. Takkan baru 3 tahun kahwin, husband macam dah tak nak manja-manja kan lagi. Rupa - rupanya, diorang berchinta 10 tahun daaaaa....
terbeliak mata aku dibuatnya. Nak golek - golek pun ada gak. 

10 tahun???

Aku rasa lama gila dowh. Yang kelakarnya, kawan aku cakap, dulu masa zaman dia berchinta bagai, kemain lagi husband dia. Pantang dengar tangan terluka, demam sikit, terus goyang satu badan. Terus ajak jumpa esok, bawak pergi klinik.

So, dia pesan kat aku, kalau u kahwin, u tengok sajalah. mesti perhatian semua tu dah kurang. 

Alah, benda perhatian kurang, dah tak berapa 'manis' bila dah kahwin, aku dah selalu sangat dengar dan TENGOK. Serious, weh. korang tengok ar kat supermarket ke, kat tepi pantai ke. Perghhh. Boleh tahu ar orang tu tengah berchinta or dah kahwin. Masa zaman berchinta tak hengat dunia, semua benda rasa syok gila - gila. 




Baru sehari tak jumpa, terasa macam dah berpuluh - puluh hari.




Time ni, dialog yang trend buat skrip filem ngan drama ialah : Kau dan aku adalah satu. Kita tak mungkin berpisah sampai bila-bila. Paling kronik, ku nantikan dirimu di pintu syurga. *alamatnya memang kat pintu jelah. tak masuk pun.XOXO*




kalau hujan turun, mula lah duk termenung kat tepi tingkap sambil main-main air hujan. dapat pulak tempias. Tu yang bila mak panggil makan, jawabnya tak nak. Pasai nak layan perasaan :)


TAPI,

Tu semua masa kau dilambung taufan cinta. Masa tuh, zaman duk gayut kat telefon berjam-jam sampai telinga berpeluh, tahi telinga pun cair. Mata ngantuk pun boleh jadi segar bila dengar suara si dia. Apatahlagi bergurau-gurau manja :O


Percayalah. Benda ni semua sementara saja. Realiti yang kita kena hadapi bila dah kahwin. Time tuh, baru kau tahu yang abang sayang/awek manja kau punya perangai sebenar. Kalau dulu, dia timang - timang, manja - manja, nanti semua tuh dah tak sempat dah. Bak kata kawan - kawan aku, baru nak borak, anak dah nangis. baru nak gurau, lauk dah hangus.


Sorry,




Zaman pegang-pegang tangan dah tak ada. Silap-silap, kau kena marah lak. "Apa ni nak pegang-pegang? Tak malu ke orang nampak?" Kureng asam.



Tu yang dah malas nak tengok muka pasangan tuh. Rasa jemu aje. Nak - nak lagi, pasangan dah 'lain'. Dulu kempis, slim cam Erra Fazira. Sekarang? hehehe.


TAK KISAHLAH kau berchinta 10 tahun ke, 5 tahun ke, 2 tahun setengah ke, 3- 4 bulan ke, yang penting, MACAM MANA kau jaga hubungan tu.
ITU AJE.
Macam mak ayah aku, lagi pulak. Angin tak ada, ribut tak ada. Alih-alih kena kahwin. Bahagia je aku tengok. 8 anak lagi:O


Jadi, kalau kawan aku duk bebel yang entah apa-apa lagi, aku just tanya, u sayang husband u tak?
Dia jawab, sayanglah.
So, kalau u sayang, u jangan banyak cakap. U ingat balik itu chinta 10 tahun *_*


Catatan hati : Rasa cam nak perchintaan ala-ala mak ayah lah. Ouchhh  @_@

p/s : time kaseh banyak - banyak kat encik gugel. gambar tu semua dia punya.hehehe








3 comments:

  1. best lah entri awin kali ni...

    ReplyDelete
  2. agk2 gwe la kan...t gwe kawin rahsornya gwe yg buhsan kat husbnd gwe ahahahahaha dasat bansat punyer bini

    ReplyDelete

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)