Saturday, March 5, 2011

Mesti Baca Kalau Nak Tackle Perempuan










Untunglah kalau semua lelaki berupa macam mamat ni. hehe. Korang tak payah susah-susah ngorat sebab gerenti perempuan akan menyerah. Errr...maksud saya menyerah hati ye, bukan body. Kalau body, tak perlu kan sangat muka handsome ni, yang penting 'poket penuh'  No no no no I'm not that type *gaya gedik*@_@ 


Habis tu, kalau saya tak ada muka macam ni atau cam Fahrin Ahmad *sekadar sebut nama sahaja*, nak buat apa? Nak kena g hospital ke? Operate muka?



Ohhhh, tidak! Anda hanya perlukan beberapa tips saja. Toksah le membazir duit, kulit sendiri (walaupun sel kulit mati banyak), dan doktor - doktor kat Malaysia ni.


So, how to tackle a girl? (Kalau girls, korang kena ada extra ngorat + tak kisah dicop buaya darat jantan penggatal.haha)




1) Be yourself

    Jadi diri sendiri saja. Jangan hipokrit. Tapi, janganlah pulak terus tunjuk side diri yang buruk tu. Just relax and cool *apsal asik nak cakap omputih je ni?*


2) Kejutan

    Owh, perempuan ni memang sangat suka kejutan. Kalau ada yang cakap tak suka, itu sebenarnya luaran saja. Dalam hati tetap ada rasa seronok tuh. Jadi, sesekali ngoratlah perempuan dengan cara ni. Letak kad kat kereta, rumah, atas meja dan guna ayat - ayat misteri macam Saya suka tengok awak. Atau ayat lain yang korang rasa sesuai asalkan perempuan tu tertanya - tanya siapa pengirim sebenarnya. Eceh.


3) Komitmen

    Perempuan perlukan lelaki yang boleh beri komitmen pada diorang. Maksudnya komitemn sepanjang hayat ya! Janganlah buat girls asyik tanya, "Bila kita nak kahwin? Kalau rasa tak dapat nak beri komitmen sebegini, berterus - terang saja. Senang.
Tapi, kalau korang baru nak ngorat-ngorat, jangan la korang duk desak perempuan sampai asyik tanya je. Trust me. Perempuan akan rasa dirinya 'lemas' dan tak mustahil akan angkat kaki meninggalkan korang terkulat - kulat tercengang - cengang.



4) Berlagak pandai/ bagus/kaya

    Tak kisahlah berapa tinggi ilmu yang  korang ada, janganlah gunakan untuk menunjuk-nunjuk kat orang perempuan. Pantang tau. Kes berlagak bagus adalah kes paling dahsyat. Korang cuma boleh berlagak dengan kaum korang saja tapi jangan kaum I. Gerenti peluang ngorat tuh jatuh merudum cam saham-saham. Berlagak kaya? Itu hanya berkesan kalau perempuan tu sama spesies ngan korang:)



5) Pemurah

    Perempuan ni suka diberi hadiah. Jadi, janganlah lokek belikan sesuatu yang perempuan suka. Ini salah satu taktik berkesan tau. Kalau korang tak mampu beli yang mahal atau serupa dengan yang perempuan tu nak, belikan saja yang murah/tiruan dan cakap ayat ni, "Saya tak mampu belikan yang mahal. Tapi, saya janji, kalau saya cukup duit, saya akan belikan untuk awak." Pastu, keluarkanlah ayat - ayat power korang tuh ^_^



6)  Gunakan keluarga

     Haaaa...Kadang - kadang tips ni pun berkesan gak. Sebelum mengorat perempuan tu, apa kata korang 'mengurat' mak ayah dia dulu, adik beradik, pak sedara mak sedara. Kalau semua ahli keluarga sejati perempuan ni suka dengan korang, langkah seterusnya menjadi lebih lancar. Sebab bagi perempuan, asalkan keluarga suka, itu dah memadai untuk membuka hatinya.




7) Terima seadanya

     Kalau sukakan seseorang, kita mesti terima diri mereka seadanya. Jadi, janganlah korang g kutuk kaw kaw bila bergurau dengan perempuan ni. Diorang tak macam kaum korang. Sensitif gitu. Biasanya yang suka buat lawak bangang macam ni ialah lelaki yang sekolah all boys *berdasarkan fakta yang diketahui daripada majalah*. So, korang kena rajin kenal perempuan walaupun berkawan-kawan.




8) Pendengar yang baik lagi disegani

    Kalau korang nak ngorat perempuan yang becok/banyak cakap/riuh rendah, korang mesti ada telinga kebal. haha. Maksudnya, cubalah jadi pendengar yang baik  nak - nak lagi bila perempuan tu bercerita itu ini. Walaupun korang rasa itu benda kecik je, tapi tak salah tadahkan telinga.



9) Berpersonaliti

    Yang ini adalah daya tarikan paling hebat. Pastikan korang ada personaliti yang bagus. Ingat ayat ni "Rupa paras bukan ukuran". Yang penting, personaliti diri sendiri. Jangan tunjukkan confidence level yang rendah kat orang perempuan. Contoh paling selalu didengar," Saya tahu siapa saya. Tak handsome, tak kaya. Siapalah kita ni, kan?" Please....Jangan guna ayat bodoh ni. Nak - nak tiap - tiap hari korang guna ayat yang sama ni. Adus. Korang akan menjadi jejaka yang menjengkelkan nanti. 




10) Jangan berputus asa

      Katakan perempuan yang dingorat itu tidak memberi respon, jangan korang give-up. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Alang - alang nak tackle perempuan, biar sampai dapat *ni peribahasa/simpulan bahasa sendiri yang tersimpul-simpul. Kena belajar dengan Karam Singh Walia* Gunakan pelbagai cara. Jangan statik sahaja. Chewah.   

    


4 comments:

  1. hurm..awk tuh,,da ade yg wat cmni kat awk??
    haha
    kak win ble nkkawen..haha

    ReplyDelete
  2. ada la zaman muda belia dulu.
    hahahaha.

    ReplyDelete
  3. hohohoh......
    dah macam nak kawin jew...
    siap ada article untuk lelaki....xD

    ReplyDelete
  4. masin mulut awak khabir. naek pelamin lah saya nanti:)

    ReplyDelete

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)