Saturday, March 26, 2011

Jangan Jadi Mak Ayah Yang Bongoksss

Kalau anda seorang ibu dan bapa, pastikan anda dalam keadaan minda yang terbuka sewaktu membaca entri ini. Ianya adalah pandangan peribadi seorang gadis yang belum berkahwin, mempunyai kerjaya yang sentiasa berhadapan dengan ibubapa dan berkeinginan untuk membina rumah tangga. insyaallah *ayat akhir tu tak boleh blah. Macam nak promote diri aje* XOXO



*kembali serius*


Okey, aku terhambat sama untuk membincangkan sikap mak ayah yang  buat aku rasa jelik dan menyampah bila selalu sangat berdepan dengan kerenah sesetengah mereka yang entah apa - apa. zaman sekarang dah tak sama macam dulu. Setuju? *Siapa cakap setuju, sila angkat punggung*



Kalau dulu, cikgu marah dan rotan kita, mak ayah takkan serang cikgu balik. sebaliknya, kita pulak yang 'kena' dengan diorang. kalau cikgu rotan tangan kanan, mak mesti rotan tangan kiri. siap tanya, "nak mengadu lagi pasal cikgu kau?" Lepas tu, ada lah lagu - lagu raihan yang menginsafkan *ceramah mak* berkumandang tak henti - henti untuk kita. masa tu kita akan menitiskan air mata akibat nyanyian mak yang sangat syahdu.



tapi zaman sekarang, dah lain. kita marah anak diorang kerana cakap benda-benda tak elok, tak buat homework, tapi lepas tuh datang lah mak ayah diorang dan 'serang' kita balik bertubi - tubi. Inilah mak ayah sekarang. Tahu tak, kalau cikgu tak tegur anak korang, apa yang akan jadi nanti? ada tak kau tanya anak kau, kenapa cikgu marah? Mesti tak ada, kan? kalau ada, kau akan didik anak kau dan bukan datang maki cikgu macam cikgu kuli batak kau.



Itu hal yang akan jadi bila cikgu marah anak. Apa pulak yang jadi kalau anak tak nak pergi sekolah? Kalau kau selaku mak ayah, janganlah kau jadi bongoksss dengan tanya anak kau, "Kenapa tak nak pergi sekolah? Siapa pukul kat sekolah? Cikgu ada rotan ke?"


Zaman aku dulu, kalau cakap tak nak pergi sekolah, siap lah mak aku masuk bilik dan angkat kaki nak pijak anak sendiri *ganaih la mak aiii*. Itu aje dah menunjukkan betapa pentingnya pergi sekolah, menuntut ilmu.
Tapi mak ayah sekarang pulak, pergi tanya anak macam tu. Kalau anak kau bukan kaki pembohong dan rasional, selamatlah cikgu-cikgu kat sekolah. Tapi, kalau anak kau memang dah ada VITAMIN MALAS, siaplah dia kelentong mak ayah kata kawan pukul, cikgu belasah. Apa cerita...





Bila ada perjumpaan ibu bapa dan guru, mak ayah berkobar-kobar nak tahu perkembangan anak. Siaplah siapa yang buat dajal kat sekolah, habis cikgu cerita kat mak ayah. Bila habis jumpa cikgu, belum keluar sekolah lagi, dijamin mak kau tenyeh muka dan telinga sebab buat malu diorang aje. Maka, keluarlah ayat cinta mak, "Kau jangan harap mak nak datang ambik report card kau! kau pergi sorang-sorang. sign sendiri!!" 



Tapi, mak ayah sekarang, jangan kau berani nak cakap yang bukan - bukan pasal anak dia. siap dia keluarkan parang pedang pisau segala serang kau. Pendek kata, anak dialah yang baik, pandai, dengar cakap.



Itulah sikap mak ayah yang bongoksss dan tak boleh diikut. Pesan aku *untuk diri sendiri gak* kalau ada anak esok-esok, jangan kita dengar dan ikut telunjuk anak sebab takut tua nanti, telunjuk anak itu yang akan HENTAM kita.










4 comments:

  1. yeahhhhhhh.....i likeee.....kalo la yg berkenaan dapat baca ni.....bertambah2 i likeeeee......hehhehehe

    ReplyDelete

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)