Tuesday, March 22, 2011

Hidup Mesti Berkasih Sayang.So, Comolot pun Salah?

Dalam hidup ni, kita mesti tunjukkan rasa sayang kita, kan? betul tak? Tak kisahlah pada siapa pun.
Aku ni, memang suka peluk orang, cium orang, yang aku sayang*yang muhrimlah*. kalau bukan muhrim, mesti budak - budak hingusan yang aku tak kisah pun nak sentuh diorang.


Bayangkanlah kalau dalam hidup ni, manusia tak ada sifat kasih sayang. malu nak ekspres perasaan sendiri. yang peliknya, nak peluk mak dan ayah sendiri pun malu. hey come onlah, itu mak ayah kita, kalau kita tak peluk dan sayang diorang, siapa yang nak sayang mereka lagi?

macam tu jugak dengan adik beradik. aku dengan adik-adik memang rapat. sampai sekarang yang laki dua besar gajah tu pun masih suka nak bermanja. masih mintak dikorekkan telinga *_*
kalau yang kecik tak payah cakaplah, memang suka cium diorang walaupun adik no 7 dah form 2 tak lama lagi dah nak pecah suara jadi anak teruna :O tapi tetap suka cium dia.


aku ada kawan yang pernah tanya, kenapa aku tak kisah bila ayah peluk aku? tak takut ke bapak aku buat benda tak senonoh kat aku?

Itu ayah kita. takkan kita ni begitu dungu nak kenal sentuhan bapa yang sayangkan kita dengan sentuhan nakal/berbaur jahat? Lu pikirlah sendiri *nabil yang cakap. bukan aku*

ada kawan aku yang geli share straw/makan dengan aku dulu *dulu-dulu.sekarang dia dah tak kisah*. dia cakap, dengan adik beradik pun dia tak suka nak share straw/makan.

aku tanya dia, katakan satu hari nanti, adik kau jatuh sakit, mulut bengkak, nak minum kena pakai straw, dah nak mati gila -gila, mintak air yang kau minum. Takkan masa tu kau nak suruh adik kau amik straw lain untuk minum air kau? Aku boleh faham kalau kau geli nak share straw dengan aku sebab aku ni orang luar, tapi kalau dengan family sendiri pun kau geli, apa cerita? bersih sangat ke kau sampai geli nak minum bekas diorang? kau dengan diorang keluar dari 'tempat' yang sama ar*sorry, ayat sedikit kasar but this is reality*
Lepas 'kena' dengan aku, kami jadi best friend sampai sekarang.  dah nak masuk 8 tahun. boleh tidur gesel-gesel kaki lagi:O 



Sebab itu, kita perlu mengekspresikan apa yang kita rasa. kalau bukan sekarang, bila lagi?









Saya sayang family saya :)



 kita mesti hormat mereka yang jauh lebih veteran daripada kita*_*





mesti sayang juga pada makhluk allah yang lain





dan ciptaanNYA



Luangkan masa mendengar celoteh mereka yang anda sayang





kerana itu yang anda miliki hari ini. jadi, tunjukkan saja kasih sayang kita. comolot(cium mulut) pun salah? XOXO





4 comments:

  1. maknanya i blh comolot u r? ahahaha

    ReplyDelete
  2. sama la..bunga dulu ngn arwah abh bunga pom peluk n cium pp..xkan la xtau cam ne gangguan seksual kan..kan..

    bunga xkisah kongsi minum ngn family n sahabt..janji sahabat tu bukan lelaki la..haha..

    ReplyDelete
  3. tau xpe. kecik ati gak ngn member dlu psl ayah duk peluk cium anak.
    xgeli share ngn kawan n family, tu tandanya bunga ni penyayang gitu.kekeke

    ReplyDelete

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)