Thursday, March 10, 2011

Cermin Tingkap Kereta Bukannya Pintu Ya!

Kadang - kadang manusia ni pelik lah. Sejak aku kerja dekat Smartreader ni, aku jumpa macam - macam fi'il manusia. Kalau yang baik tu, teramatlah baik *ehem ehem macam empunya blog ni lah*. Kalau yang hampeh tu, teramatlah hampeh tahap gaban.


Al kisahnya, budak - budak ni dah habis sekolah. Maka, aku pun jadi penunggu kat depan pintu. Faham-faham jelah, budak-budak. Kang dia bukak langkah seribu kejar mak ayah dia, terus terpenyek kena langgar kereta *simpang malaikat 44*, cikgu jugak yang dipersalahkan.


Jadi, nak dijadikan cerita, ada satu mak ni, dia parking kereta kat depan gate, tak turunkan cermin kereta yang gelap gelita tu. Aku pulak terintai-intai memikirkan mak sapa lah ni. Bila dah lama, baru aku tahu mak A kalau letak nama sebenar nanti malu pulak dan aku pun terus panggil si A. Bila A dah siap pakai kasut, aku pimpin dia dan bawak dia ke kereta macam mahal sangat mak dia.
Aku tengok si A nak bukak pintu tapi tak boleh sebab kunci. Aku ketuk cermin tingkap mak dia perlahan je sebab aku pun ada kereta gak dan tunjuk yang A nak masuk. Tanpa sebaris senyuman, mak dia blah macam tu je dan aku pun fikir benda ni setel.


Last-last aku dapat call dari principal aku yang memaklumkan satu berita yang teramatlah menyakitkan hati iaitu mak A post kat facebook kata "INGAT TINGKAP KERETA AKU NI PINTU KE? NAK KETUK-KETUK"



SURAT UNTUK MAK   A

Lah, akak kecik ati ke saya ketuk cermin tingkap kereta akak? Kalau saya tak ketuk, akak tak perasan. Kan akak tengah main mesej? Lain kali kak, kalau nak ambik anak, janganlah sibuk bermesej-mesej. Lagi satu kak, saya pun ada kereta jugak. Takkanlah saya ni bodoh sangat nak ketuk cermin tingkap kereta mahal akak tu sampai roboh. Adusss...



Akak kena ingat, saya ni cikgu pada anak akak. Saya tak merungut tapi nak merungut jugaklah ni bila anak akak tiap -tiap pagi datang sekolah melalak-lalak sepanjang saya kerja dan saya jugak yang ajar anak akak sampai dia dah boleh baca dua suku kata walaupun umur baru 5 tahun. Tak apa, kak. Akak kan housewife, pakai kereta besar, ada suami, ada anak.
Saya ni siapa? Cikgu jer, bujang lagi, ada kereta pun behbah(viva).



Apa-apa pun kak. Terima kasih sebab sudi baca surat ni. Lega hati saya bila dah berjaya sakitkan hati akak dan bagi penangan kat sini. Yalah, kalau saya fight akak kat facebook, takut akak terkincit-kincit KALAH.kuikuikui
 


2 comments:

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)