Wednesday, February 16, 2011

Tips Bila Putus Cinta *Air Mata Syahdu*



Jangan salah faham. I bagi tips ni bukan sebab I putus chinta tau *geleng kepala ish ish ish*. Tapi, sebab I teringat zaman tuk kaduk dulu. Alah, masa I putus kasih berbelah tiga.

Biasalah, zaman berchinta ni, muka huduh pun kata kacak. Bau masam pun cakap wangi. Bila nak tidur, nampak muka cik abang sayang, nak mandi, nak pakai baju, nak makan, semua ingat kat dia. Pendek kata, semuanya dialah *dahsyat dahsyat tak patut buat macam tu better ingat allah dari pasangan*

Tapi ya, bukan semua orang bernasib baik macam.....

pasangan ni:)


So, apa yang patut korang buat kalau putus chinta putus kasih? Perlu ke merayu-rayu tahap gaban pada si dia? Tak pun canang kat satu dunia yang menyampah @ jaja cerita buruk?
Dua - dua ni I tak galakkan. Tak bagus untuk kesihatan *_*

Jadi, ikut saja tips yang I bagi. Amal dan praktikkan bila ianya(kes putuih chinta tadi) berlaku dalam hidup anda.


1) Buang semua gambar/ barang pemberian si dia. Tak pun bakar. Masa bakar tu, jerit kuat - kuat "Jantan tak guna!(kalau pasangan you lelakilah), hampeh! kentut busuk! Taik hidung masin! Buntut besar!(Kalau buntut dia besarlah.haha)". Or you koyakkan gambar dia dan pam kat tandas:)


2) Kalau anda seorang yang suka memendam rasa atau tak reti nak lawan masa si dia mintak putus hubungan gara-gara hal bodoh remeh-temeh, jangan segan-segan angkat phone dan call dia. Bila dia jawab, terus maki dia sepuas hati! Lepas tu, terus matikan phone. Buat-buat macam tak pernah call nombor tu.


3) Pergi bercuti dengan kawan-kawan @ family. Inilah waktu yang paling besh nak dihabiskan sebab selama ni  selalu berkepit 24 jam macam belangkas dengan si dia sampai lupa kawan-kawan dan family. kiranya tebus balik masa dan rasa bersalah tue. 


4) Kalau tetiba korang rasa rindu pada si dia mangkuk hayun tu, cepat-cepat tulis kat sehelai kertas, AKU LANGSUNG TAK NAK RINDU KAT KAU WAHAI PENJAHAT KAKI PENIPU! Pastu, lipat dan masukkan dalam envelope.


5) Sibukkan diri dengan kerja berfaedah lagi menguntungkan @ menjana pendapatan*suka bila sebut duit ni*. Bukan saja tak ingat si dia, malah korang akan berjaya menjadi pekerja rajin dalam company. untung tak?


6) Yang penting, jangan lupa solat dan minta ALLAH S.W.T memberi kekuatan hati ^_^






p/s: Kena selalu ingat, pasti ada yang lebih baik sedang menanti anda:)  

No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)