Tuesday, January 11, 2011

Tips Memuluskan Kulit Wajah Seperti Lisa Surihani

Semua orang nak wajah macam Lisa Surirumah Surihani, tapi
bukan semua orang boleh dapat kan?
 Setuju tak? (Cepat angguk kepala!)
Baik. Kami faham.
Bagus.


Okey. Memandangkan tahap ekonomi belanjawan kita tidaklah 'semewah' artis - artis yang selalu pergi buat facial segala, jadi SAYA ya, SAYA. SAYA akan memberikan tips macam mana nak dapatkan kulit yang tak kurang cantik macam artis kita. Dan kalau anda selalu amalkan tips ini, mungkin anda juga boleh pergi cuba nasib kat Pilih Kasih nanti. Mana tahu, Rosyam Nor tertawan dengan kulit anda yang cantik tu. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa tahu *ambik kau peribahasa aku* 





First step, ambil putih telur. Ingat ya. Putih telur saja. Ia bagus untuk membuang noda hitam pada wajah.








                             Kemudian, tambahkan tepung beras dan sedikit    kunyit ke dalam putih telur tadi.



Perahkan limau ke dalam campuran tadi. Sorry, chopping board sedikit buruk tanda selalu menggunakannya.







Kacau semua campuran sampai macam ni. Kiranya macam nak buat lempeng tau. Jangan letak tepung beras banyak sangat, karang kau punya masker  boleh buat kuih cekodok...^_^





                           Tengah sibuk pakai masker, ada satu warga veteran yang sibuk nak try jugak...hikhik.


Sebab saya tahu dia pun nak kulit macam orang kat bawah ni.






 yang depan tau, bukan yang kat belakang...




4 comments:

  1. wahh...nak try gak ahaha terbahekkk...eh..serbuk kunyit blh ka? ka nak yg ori punyer?

    ReplyDelete
  2. cm best jek masker ni...lepas pakai konpem jadi cm lisa surirumah heh? nnk terai la..haha
    tepung beras guna cap ape??:p

    ReplyDelete
  3. berkesan x???kalau bekas jrwat yg wrna merah kat wajah 2 berkesan x??

    ReplyDelete

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)