Monday, January 10, 2011

Rosyam Nor Suka Pilih Kasih?

Saya tahu apa yang bermain dalam fikiran anda sebaik saja membaca tajuk entri di atas. Huh! Kena baca ni. Entah apa yang Rosyam Nor buat sampai pilih kasih? Dia pilih kasih kat pelakon yang mana? Takkan dia dah lupa kat anak bini dia?

Tapi, malangnya anda tersilap sama sekali. Rosyam Nor memang SUKA..sangat SUKA..gila SUKA pada Program Pilih Kasih yang bersiaran di TV2 haha kena kelentong. Oleh kerana kecintaan pada program ini yang kami tonton sejak Pilih Kasih musim 1 dulu (we love you Wanina) maka kami berempat iaitu saya, Nanim, Ayin dan Jeeha berbondong-bondong ke Jabatan Penyiaran RTM di Senawang. 

Selepas dipesan supaya cepat pulang sebaik saja program tamat, kami menuju ke tempat  kejadian  siaran. OMG, kami jumpa isteri Aziz M. Osman bapak muda and lawa you! Dan kami juga telah ternganga-nganga melopong-lopong mulut sebab tanya jalan pada Encik Hamzah, pengarah monolog. Owhhh...dia sangat gentleman *angkat kening*






















Akhirnya, kami sepakat untuk menonton di rumah sahaja kerana tidak tahan dengan kebisingan dan jeritan pekik memekik di sana. apatahlagi banner besar yang dibawa oleh penonton lain telah menghalang wajah cantik kami dari disiarkan di TV. ceit.

No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)