Monday, January 10, 2011

Kenapa Belum Bertemu Cinta?

Eceh. Eceh.
Bila tulis entri ni, rasa macam nak cekik diri sendiri sebab geli geleman gila meroyan *perempuan gila*
Ramai orang suka tanya pada saya especially kawan - kawan yang dah lama tak jumpa
Hei! Kau dah kahwin ke? *geleng* 
Tunang? *geleng geleng*
Mana boyfriend kau? *geleng geleng hantuk dinding*

Okey. Adalah sangat menyakitkan hati bila kita jujur beritahu bahawa hati ini belum dimilki namun tidak dipercayai mentah - mentah. Maka, sering mereka menyoal saya, 'Mesti kau memilih sangat, kan?'
Tangan dah siap sedia nak bagi buku lima dan beraksi ala - ala Angelina Jolie dalam filem Salt. Tapi, mulut keluar ayat ni pulak, 'MANA ADA WEHHHH....TASTE AKU BIASA - BIASA JERRRRR'

Tapi, saya ada 6 jawapan yang telah siap disediakan bagi menangkis menepis menservis soalan sebegini. Semuanya dari kata pakar, Dr Fadzillah Kamsah bukan (Kamtumi)  Come to me ya! 

1. Usaha yang belum sempurna  

“Usaha sudah dibuat tapi usaha yang sesuai dengan matlamat yang hendak dicapai itu tidak dilakukan. Usahanya masih belum betul, masih belum sempurna. Kurang ‘munasib’.

Saya bertanya kepada seorang ulama, ‘Kenapa ustaz, orang ini sudah mandi bunga sampai 99 kali tapi masih tidak bertemu jodoh?

Di mana silapnya?’ Dia jawab begini, ‘Mungkin dalam perancangan Allah, usahanya ialah mandi air bunga 101 kali, tapi dia berhenti pada tahap 99 kali.’ Mesejnya ialah, mungkin kita patah semangat di tengah jalan. Jawapannya ialah, cuba dan cuba lagi.


2. Belum Benar - benar Bersedia

Adakah telah benar-benar bersedia untuk menjadi suami atau isteri? Adakah telah bersedia di segi hati, jiwa, fizikal, mental, intelek. Contohnya di segi fizikal, sentiasa menjaga ketrampilan tak kira bila dan di mana.
Siapa cakap senang nak jadi isteri ni? Kalau tak kuat, boleh pecah belah rumah tangga yang dibina tau. I tak nak masjid yang dibina penuh keikhlasan dan kesyukuran runtuh di tengah jalan.

3. Tiada Daya Penarik

“Diri kita macam magnet yang boleh menarik bakal pasangan kita atau sesiapa pun untuk sayang pada kita. Daya tarikan ini berpusat di hati.


Caranya ialah dengan mengisi hati kita dengan sifat-sifat yang sempurna dan positif. Kalau kita benci pada orang, takut-takut orang yang patut sayang pada kita masih tertahan untuk meminang. Jadi cuba maafkan semua orang. Mudah-mudahan dengan sebab memaafkan semua orang, orang yang bakal jadi tunang akan datang meminang.


“Kita perlu perbanyakkan istighfar, solat taubat, solat hajat, istikharah, witir dan sebagainya untuk cuci hati kita. Maka hati kita akan jadi magnet untuk menarik orang yang sesuai dengan kita untuk mudah datang, sama ada bakal pasangan atau sesiapa saja.
Rasa-rasa saya ini baik orangnya. Kata orang, gadis di bawah lindungan Kaabah. hahaha. Tapi, saya juga manusia biasa. Kalau ada salah silap, mohon ampun ya! *Dalam hati berdetik, cepat ah masuk minang*



4. Doa Tidak Makbul

5. Restu Ibu Bapa Belum Total

“Jodoh tak sampai juga mungkin disebabkan restu emak bapak tidak total. Emak bapak masih rasa tak berapa sedap untuk lepaskan anak. Tanya pada emak, ‘Mak benar-benar redha tak saya berumahtangga?’ Ada emak yang anak sulungnya tak mahu dilepaskan, anak bongsu apatah lagi. Itu yang kadang-kadang susah hendak dapat jodoh. Emak mahu anaknya kahwin tapi dalam hati masih tidak benar-benar redha untuk lepaskan. Ini satu masalah yang besar.

Banyak kes yang saya jumpa, bila emaknya benar-benar redha, terus dapat jodoh yang baik.

Okey, sila tanya dengan mak ayah korang, 'Betul ke mereka redha nak lepaskan kau?'. Saya sendiri siap tanya tanpa segan silu mintak mereka redha sebab nak bina kehidupan bahru. ^_^


6. Faktor Metafizikal



“Kadang-kadang tak bertemu jodoh juga disebabkan ada faktor-faktor metafizikal yang susah hendak dijelaskan.

Contohnya terkena sihir atau gangguan ilmu hitam yang kadang-kadang susah hendak dijelaskan secara saintifik. Tapi ini wujud dan berlaku. Sebab sihir sudah ada sejak zaman jahiliah dulu sampai sekarang.

Jika ini berlaku, carilah jalan untuk benteng diri kita atau pulihkan diri kita dengan cara-cara yang munasabah untuk mengatasi masalah belum bertemu jodoh.”




Ah, untuk kawan yang tanya, cinta macam mana yang saya cari. Inilah jawapannya.




Cinta ala zaman dulu. hehe.





2 comments:

  1. salam..
    klu kak long sudi berkwn dgn saya
    mungkin kita boleh usahakn sesuatu

    ReplyDelete

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)