Wednesday, January 12, 2011

Jus Singkir Toksin Jahat Dalam Badan

Apa itu toksin?
Toksin terdapat hampir di dalam semua organ manusia, di mana sebahagian besarnya terhasil apabila sisa makanan yang tidak dicerna sepenuhnya, pemakanan ubat-ubatan kimia, merokok, pengambilan minuman keras dan pemakanan yang tidak seimbang, tidak dapat dikeluarkan dari dalam tubuh.
Maka, sisa-sisa ini akan terkumpul di mana-mana bahagian dalam organ tubuh kita.


Antara kaedah penyingkiran toksin secara semula jadi ialah melalui perkumuhan seperti pembuangan air besar yang perlu berlaku sekurang-kurang sekali sehari bagi orang normal. Tapi, kalau nak diikutkan, lebih baik buang air besar 3 kali sehari! *Hebat siapa yang boleh buang banyak kali. hehe*


Okey, kalau seseorang tidak membuang air dengan kadar yang sepatutnya, kemungkinan besar, najis yang berada di dalam usus akan menjadi hitam dan melekat pada dinding usus seterusnya menjadi toksin dalam tubuh. Kalau tak dikeluarkan, tubuh akan bagi signal atau tanda. Biasanya sakit kepala.




Tanda - tanda Banyak Toksin

- Letih
- Susah bangun tidur
-Bahagian keliling mata gelap
- Banyak angin
- Alahan
- Berat badan naik (Berat badan kita naik sebab kadar metabolisme dah rendah *tak nak ngaku*)


Okey, tak nak merepek lagi dan dah penat terangkan pasal toksin. Maka, saya ada satu cara yang lebih kurang macam Detox Foot Patch iaitu buat jus sendiri. So, how to do it? (ngomong Jawa)






Bahan - bahannya ialah epal, lobak, batang saderi dan halia. Eceh. Pisau tu sengaja dipacak macam tu. Simbol membunuh toksin *mati kau toksin*


















Tadaa......












2 comments:

  1. kak long pengisar jus tu nampak macam baru beli je..hehehe ;)
    ain chumil

    ReplyDelete

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)