Sunday, January 16, 2011

Hati Penuh Bunga Indah

Entri kali ni, kata ganti nama 'saya' akan ditukar pada 'aku' sebab 'aku' rasa lebih puas, syok dan mudah untuk difahami. Heh!

Tarikh 15.1.2011 mungkin dianggap biasa pada orang lain tapi tidak aku. Aku akan ingat tarikh ni sampai bila-bila, sampai ke hujung nyawa rasanya kot. Tarikh ni akan membuatkan aku jadi orang yang aku inginkan sejak kecil lagi. Tarikh ni akan membuatkan aku merealisasikan satu lagi impian. InsyaALLAH. Tarikh ni jugak akan menjadikan aku melangkah ke dunia yang aku inginkan.

Sebaik saja aku dapat berita gembira tu, aku tergamam. Rasa macam tak boleh bernafas. Rasa macam nak jerit sekuat hati *memang aku menjerit pun. Lantaklah kalau anak bujang jiran aku dengar* . Rasa macam hati dipenuhi jambangan bunga dari boyfriend walaupun sebenarnya tak pernah pun. Pendek kata, aku tak boleh berfikir dan kena menenangkan diri. Aku sujud syukur kerana ALLAH telah mengabulkan doa aku selama ni.

Apa berita yang buat aku jadi sampai macam tu sekali? Adalah. Selepas ia wujud, aku akan khabarkan. perghhh! Entri kali ni macam artis nak beritahu dia dah berlakon cerita apa daaaa...

Tapi, serius ni *muka serius*. Berita ni memang mengalahkan lafaz cinta seorang lelaki untuk aku beberapa tahun dulu. Eceh. Menang 3-0 dari pergi berjumpa beliau *ambik kau. Berita ni dah kalahkan kisah kasih sayang cinta bongoks antara kita* Pendek kata, macam lagu dalam cerita ni. hehehehe



  
 Senang cakap, berita ni macam orang yang dapat kahwin dengan Fahrin Ahmad. XOXO


p/s : Terima kasih pada mereka yang sentiasa menyokong aku. Arigatou gozaimasu. Muchas gracias...

5 comments:

  1. nak tau..nak tau..nak tau..nak tau..nak tau..nak tau..nak tau..nak tau..nak tau..nak tau..nak tau..nak tau..nak tau..nak tau..nak tau..nak tau..nak tau..nak tau..nak tau..nak tau..nak tau..nak tau..nak tau..nak tau..nak tau..nak tau..nak tau..nak tau..(saspen je la hang ni)

    ReplyDelete
  2. nak tau..nak tau..nak tau..nak tau..nak tau..nak tau..nak tau..nak tau..nak tau..nak tau..nak tau..nak tau..nak tau..nak tau..nak tau..nak tau..nak tau..nak tau..nak tau..nak tau..nak tau..nak tau..nak tau..nak tau..nak tau..nak tau..nak tau..nak tau..(saspen je la hang ni)

    nak tau juga - nurain sazila yang chumil

    ReplyDelete

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)