Thursday, December 30, 2010

We need Calcium.

Tahukah anda apa itu Kalsium? Ya, ianya merupakan sejenis vitamin yang diperlukan oleh badan. Atau kalau jumpa simbol pada label makanan yang tertulis Ca, itulah kalsium.

Kenapa kita perlukan kalsium? Sebab ianya membantu untuk membina tulang dan gigi yang kuat serta menjadikan pembekuan darah normal. Maksudnya, jika anda pergi main bola pastu terjatuh tergolek - golek lalu menangis sebab kaki berdarah, then darah tu pulak punyalah meleleh beria-ia dan lambat kering walaupun dah jirus dengan air, maka terimalah hakikat bahawa pembekuan darah anda adalah tidak normal. Segera berjumpa dengan doktor di kawasan berhampiran.


Hah, suka kalau senyum, tapi orang pandang semacam?? Ini sebab kurang kalsium lah ni....



 
Tak guna tau kalau pakai selendang Yuna tapi gigi rompong-rompong macam ni...:)




Nanti semua kawan-kawan tak nak datang raya rumah kita lagi..tengok muka diorang..^_^


Tapi, berapa kali dan berapa banyak kita perlukan kalsium? Dalam setiap makanankah? Dalah setiap minumankah? Dari mana datangnya kalsium yang saya cerita panjang lebar siap letak gambar hantu gigi tadi?

Baiklah, tanpa membuang masa lagi, saya ceritakan. Ececeh. Kita perlukan kalsium pada setiap hari yang mana kalau untuk orang dewasa seperti saya, kita perlukan kira-kira 700mg kalsium sehari. Oleh itu, kita mesti curi dapatkan kalsium dari susu (sebab tu saya galakkan minum susu Good Morning dan Good Night tu), keju, sayuran hijau macam brokoli, kudis  kubis, kacang soya, atau apa saja yang diperbuat daripada tepung. Kalau makan ikan tu, makan tulang-tulang dia contohnya macam ikan sardin, tapi kalau nak cuba tulang ikan lain yang lebih besar pun, apa salahnya?!?!hikhik


Masalahnya, kenapa saya asyik cerita pasal kalsium ni? Apa akan jadi kalau kita terlebih ambil kalsium? Yelah, nak gigi kuat punya pasal, sampai ambil berlebih-lebihan pulak. Takut jadi hantu gigilah tu.


Okey, kalau kita terlebih ambil kalsium, kita akan sakit perut dan boleh membawa kepada cirit-birit, sejenis sakit yang perlu ke tandas setiap masa sampai rasa macam nak bawak mangkuk tandas dan lekat kat punggung aje

Sekian, terima kasih kerana membaca entri ini. Saya nak pergi cuci gigi supaya boleh jadi model ubat gigi lepas ni:)

No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)